Laman Utama

“Realiti Di Malaysia, Lif Kerap Rosak!” – Arwah Pak Mat Lif & AJK, Naskhah Khir Rahman Memang Terbaik!

Mya Amri
19/06/2021
09:45 MYT
Filem arahan pelakon dan pengarah, Khir Rahman berjudul Arwah Pak Mat Lif & AJK berjaya mendapat tempat di hati penonton.
Malah filem itu juga berjaya menjuarai carta Astro First di kedudukan pertama walaupun baru sehari ditayangkan.
Nak tahu kenapa? Kerana keistimewaan Pak Mat Lif & AJK ini terletak pada jalan cerita yang menarik di mana ia mengambil contoh kehidupan berkomuniti yang realistik.
Kemudian kebijaksanaan pengarah menterjemahkan realiti tersebut dalam bentuk filem melalui komedi yang ringkas dan tersirat.
Sebagai contoh mudah, filem ini mengetengahkan penduduk flat yang sering mengalami masalah kerosakan lif sehingga menyusahkan mereka untuk melakukan aktiviti harian.
Orang duduk di tingkat bawah mungkin tiada masalah tetapi tidak bagi mereka yang rumahnya terletak di tingkat 25.
BACA: “Jangan Nilai Berdasarkan Poster Please”– Lulus! Kudos To Khir Rahman, Ramai Puji Arwah Pak Mat Lif & AJK
Berikut merupakan antara komen-komen yang diberikan terhadap karya Khir Rahman ini.
Pak Mat Lif & AJK menampilkan barisan pelakon hebat seperti Joey Daud, Ropie, Taukeh Jambu, Jalil Hamid, Anas Ridzuan, Man Raja Lawak, Sathia, Douglas Lim, Wan Gegau, Nizam Jentik-Jentik, Souya, Che Mat, Kimmy Low, Shendo Kiut, Shiela Mambo dan Wafariena.
Istimewanya, kali ini penonton bakal menyaksikan sisi berbeza Joey Daud menerusi karakter Nordin. Meskipun filem ini ditampilkan dalam genre komedi, namun penyampaian karakter Nordin dilihat lebih serius.
BACA: Filem Arwah Pak Mat Lif & AJK, Kisah Lucu Komuniti Flat! Memang Lawak Habis - “Lif Rosak Satu Hal”
Filem Arwah Pak Mat, Lif & AJK terbitan Excellent Pictures Sdn Bhd ini dibawa terus ke Pawagam Rumah Anda, oleh Astro Shaw menerusi Astro First, saluran 480.
Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand.
Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.
Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Shaw.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
goldmovie

#Gold: Gemuk & Kuruskan Diri Dalam Masa Singkat, Jack Tan Berusaha Keras Jayakan Watak Cheah Liek Hou

gempak
12/07/2024
12:25 MYT
Pelakon meningkat naik, Jack Tan berkongsi perubahan bentuk badannya dalam menjayakan watak Cheah Liek Hou menerusi filem Gold.
goldmovie

#Gold: Terpilih Jayakan Watak Rashid Sidek, Farid Kamil Akui Rasa Bangga - “Saya Sangat Bersyukur Apabila Dipilih”

gempak
05/07/2024
09:55 MYT
Pelakon, Farid Kamil menzahirkan rasa syukur setelah namanya dipilih memainkan watak sebagai Rashid Sidek menerusi filem Gold.
Hiburan

Rezeki Berlakon Datang Gara-Gara COVID-19, Arfie Shah Akui Masih Nervous Setiap Kali Uji Bakat Lakonan

gempak
05/07/2024
03:55 MYT
Pelakon baharu, Arfie Shah mendedahkan yang dia membina badan sebelum menjalani penggambaran bagi drama siri Astro Originals, X-Change.
Laman Utama

Pemenang Utama ‘Mirinda Riang Raya & Menang Bersama-Sama The Experts’ Terkejut Dapat Kereta Proton X50 - “Kira Macam Hadiah Hari Jadi Saya”

gempak
02/07/2024
04:55 MYT
Pemenang utama kempen ‘Mirinda Riang Raya & Menang Bersama-Sama The Experts’ iaitu Mohd Zaki Hassan, 41 melahirkan rasa syukur apabila menerima hadiah sebuah kereta jenama Proton X50.
Filem

#Gold: Baru Sahaja Keluar Trailer, Ramai Tak Sabar Nak Tengok - "Abang Teh Punya Filem Mesti Kena Tengok!"

gempak
26/06/2024
08:25 MYT
Walaupun baru sahaja trailer dikeluarkan, namun rata-rata netizen sudah mula menyatakan rasa tidak sabar untuk menonton filem Gold.