Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Rebah Semasa Buat Persembahan, Vokalis Kumpulan Rock Dalam Keadaan Stabil

Firdaus
17/08/2024 06:55 MYT
Vokalis kumpulan rock, The Changcuters, Tria, baru-baru ini mengejutkan ramai pihak apabila dirinya tiba-tiba rebah semasa persembahan yang berlangsung di Ecovention & Ecopark Ancol, Jakarta, pada 9 Ogos lalu.

Keadaan Stabil

Tria, semakin baik dan stabil​...

Bagaimanapun, menerusi hantaran akaun rasmi The Changcuters di Instagram, keadaan Tria difahamkan semakin pulih dan stabil.

“Dengan penuh rasa syukur kami ingin memberitahu bahawa keadaan vokalis kami, Tria, semakin baik dan stabil,” tulis The Changcuters.

Bagaimanapun, The Changcuters tidak mendedahkan penyakit yang menyebabkan vokalis kumpulan itu tiba-tiba pengsan semasa persembahannya dan hanya memberitahu bahawa Tria memerlukan masa untuk pulih.

“Kami ingin mengucapkan terima kasih yang sebesar-besarnya kepada seluruh pihak yang mendoakan dan memberikan sokongan kepada kami.

“Doa dan perhatian anda sangat bererti buat kami semua. Saat ini Tria masih memerlukan masa untuk pulih,” sambung The Changcuters.

undefined
Sekadar info, The Changcuters merupakan kumpulan rock dari Indonesia yang ditubuhkan pada tahun 2004.

BERITA TRENDING: Baim Wong Enggan Ulas Lanjut Isu Pergolakan Rumah Tangga - "Doa Yang Terbaik..”

​BERITA TRENDING: Afrina Hanie Sebak, Sifatkan Allahyarham Nidza Afham Abang Yang Baik - "Minta Maaf Sangat Kalau Aku Liat Dengar Nasihat Kau"

BERITA TRENDING: Pernah Kena Buli Siber, Meerqeen Ambil Inisiatif Tak Endah Komen Negatif - “Saya Rasa Lebih Baik Saya Diam”

BERITA TRENDING: Nadhir Nasar Simpan Impian, Mahu Arahkan Filem Box Office

Band rock tersebut dianggotai oleh Tria (vokalis), Iqbal (gitaris), Arlanda (gitaris), Dipa (bass) dan Erick (drum).

The Changcuters terkenal dengan lagu seperti Suka-Suka, Main Serong dan Racun Dunia.
#Viral #Indonesia #Pengsan #Tular #The Changcuters