,
Hiburan

Afrina Hanie Sebak, Sifatkan Allahyarham Nidza Afham Abang Yang Baik - "Minta Maaf Sangat Kalau Aku Liat Dengar Nasihat Kau"

Firdaus
15/08/2024
09:40 MYT
Susulan pemergian mengejut Allahyarham penyanyi, Nidza Afham, adik kepada arwah, Afrina Hanie tampil memuat naik hantaran penuh emosi di akaun media sosialnya.

Luah Rasa Sebak

Menerusi hantaran yang dikongsikan di Instagram Stories, Afrina menzahirkan kata-kata yang menyentuh hati di samping menitipkan doa buat arwah abangnya yang disahkan meninggal dunia 14 Ogos lalu.

"Rest well Am...

"Rest well Am (Afham). Terima kasih jaga aku baik sangat-sangat. Aku akan ingat sampai bila-bila semua jasa kau dekat aku, yang kita sahaja tahu, yang kita sahaja selesaikan sama-sama.
"Dengan sesiapa pun kau memang orang yang baik, abang yang baik, anak yang baik. Minta maaf sangat kalau aku liat nak dengar nasihat kau. Tenang lah dekat sana ya, semua orang doakan baik-baik untuk kau. Amin," tulisnya.

BERITA TRENDING: Bedah Siasat Selesai, Jenazah Nidza Afham Akan Dikebumikan Selepas Solat Asar

​BERITA TRENDING: Aufahanie Sebak Lihat ‘Wallpaper HP’ Arwah Abang Letak Gambar Keluarga - “Sekarang Polis Masih Siasat Untuk Tahu Ada Unsur Jenayah Atau Tidak”

​BERITA TRENDING: Nidza Afham Dalam Proses Kumpul Duit Kahwin - “Tapi Saya Tak Tahu La Perancangan Itu Bila…”

​BERITA TRENDING: Aufahanie Dedah Kekasih Nidza Afham Orang Terakhir Dihubungi Arwah - “Dia Hanya Duduk Berdua Dengan Umi Saya”

Sekadar info, mayat Muhammad Nidza Afham Mokhtar yang ditemui di Sungai Klang petang semalam, dibawa ke Unit Forensik Hospital Shah Alam (HSA) untuk urusan bedah siasat.
Allahyarham penyanyi Nidza Afham juga dikatakan mempunyai perancangan untuk berkahwin dengan teman wanitanya, Hazmiera.
Dalam pada itu, Aufahanie yang juga adik Nidza Afham turut mendedahkan dia dan Allahyarham abangnya pernah terpisah ketika masih kecil disebabkan ibu bapa mereka bercerai.
Sentiasa menjadi tempat mengadu, Aufahanie berkata hubungan mereka bagaimanapun kembali rapat selepas meningkat dewasa.
Namun sejak mempunyai teman wanita, arwah abangnya sudah jarang berkongsi luahan dengannya.
Semalam jenazah dikatakan ditemui pada pukul 7 malam hari Rabu kira-kira 1 kilometer dari lokasi Nidza dilaporkan hilang.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Terseret Bawah Treler, Peserta Himpunan RXZ Maut Elak Patung Penyu Di LPT2

gempak
15/09/2024
14:28 MYT
Gara-gara mengelak patung replika penyu yang terjatuh di atas lebuh raya, seorang peserta RXZ Members 6.0 maut dalam kemalangan di Kilometer 379.5 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) dekat Ajil menghala ke Bukit Besi, Terengganu pada Ahad.
Hollywood

Mariah Carey Memang Diva, Panjat Tembok Besar China Pakai Kasut Tinggi 5 Inci

gempak
15/09/2024
12:29 MYT
Great Wall of China atau Tembok Besar China menjadi destinasi pelancongan yang cukup ikonik untuk dilawati.
Sukan

Pearly-Thinaah Juara Terbuka Hong Kong

gempak
15/09/2024
08:10 MYT
Beregu wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah muncul juara Terbuka Hong setelah menewaskan pilihan kedua dari China, Liu Sheng Shu-Tan Ning secara straight set sebentar tadi.
Viral

Wanita Buat POV Suami Isteri Dengan Anak Buat Permohonan Maaf - “Saya Cari Rezeki Halal,Hanya Lakonan Semata..”

gempak
15/09/2024
05:11 MYT
Tidak tahan dengan kecaman yang di terima, seorang wanita yang dikenali sebagai Dya tampil memberi penjelasan berhubung konten ‘POV’ suami isteri melibatkan anaknya yang masih di bawah umur.
Hiburan

Yusof Haslam Dedah Syamsul Yusof Rindu Masakan Ibu, Gembira Anak Balik Ke Pangkuan Keluarga - “Alhamdulillah…”

gempak
15/09/2024
02:03 MYT
Pengarah terkenal, Datuk Yusof Haslam mendedahkan dirinya tidak mencampuri urusan perpisahan antara Syamsul Yusof dan bekas isteri, Ira Kazar.