Hiburan

"Rebus Kelapa Sawit Pastu Makan..." - Hari Tu Nanas Sekarang Kelapa Sawit, Ardell Mengidam Teruk ke?

gempak
Badrul Hashim
25/03/2020
19:38 MYT
Sponsor Banner
"Rebus Kelapa Sawit Pastu Makan..." - Hari Tu Nanas Sekarang Kelapa Sawit, Ardell Mengidam Teruk ke?
Kalau beberapa hari lalu Ardel Aryana memuat naik entri makan buah nanas sehingga menimbulkan kerisauan kepada segelintir netizen tak kala dia sedang mengandung, terbaru Ardel menaikkan entri tentang buah sawit.
Baca: "Seramnya Saya Tengok Awak Makan" - Netizen 'Seriau' Tengok Ardell Aryana Nikmati Nanas Ketika Sarat Hamil
Ramai netizen yang menganggap Ardell sedang melalui proses biasa wanita mengandung iaitu 'mengidam' makanan yang mungkin agak pelik.
"Missing this. Siapa tahu ni? Pernah makan tak sedap kelapa sawit ni. Favourite saya masa kecik-kecik dulu kami adik beradik akan kutip & rebus pastu masak ni makan.
"Kunyah- kunyah buang hampas (macam makan tebu) pastu gelak tengok gigi masing-masing kuning. Rindu zaman kecik-kecik dulu," tulis Ardell di Instagram miliknya.
Kali ini perkongsian Ardell mendapat reaksi positif daripada netizen yang juga pernah memakan buah Kelapa Sawit.
Ardell Aryana atau nama sebenarnya Nuruh Hidayah Mohd Amin berkahwin dengan Nadzmi Adhwa pada tahun lalu, dan kini sedang hamil cahaya mata pertama mereka.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024