Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Recap Onz: Kongsi Wajah Bilal Ibu Serah Pada Neelofa, PA Vida ‘Pucuk Muda’, Kacak Bergaya Gitu

Mya Amri
25/02/2022 15:36 MYT
Happy Friyay guys! Sekejap je dah masuk hujung minggu. Jom kita recap apa yang menarik pada Jumaat.


#1 Ibu serah pada Neelofa kalau nak kongsi wajah Bilal

Sejak Neelofa melahirkan anak sulungnya, Muhammad Bilal, usahawan popular itu dilihat tidak pernah mendedahkan wajah belahan jiwanya di mana-mana platform media sosial.

BACA: Datin Kartini Serah Urusan Kongsi Wajah Muhammad Bilal Pada Neelofa - “Saya Hormat Pendiriannya”

Bahkan, ahli keluarga terdekat Neelofa juga tidak memuat naik sebarang gambar atau video yang memperlihatkan wajah anak kecil yang bakal berusia satu bulan tidak lama lagi.


#2 Vida dah dapat PA baharu, handsome!

Usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Vida akhirnya memperkenalkan pembantu peribadi (PA) lelaki yang difahamkan dibayar gaji RM10,000 sebulan.

BACA: Vida Perkenal PA Baharu 'Pucuk Muda' Handsome, Gaji Lebih RM10,000 - "Kalau Saya Cari Yang Tua Nanti Ngantuk Ngak Ngak"

Lelaki berkulit cerah yang diperkenalkan sebagai Abang Qu itu diambil bekerja selepas beberapa bulan Vida tidak dibantu susulan kemelut bersama bekas PA, Iqbal Zulkefli.


#3 Hari keempat kuarantin rasa tak sedap badan, isteri Fad Bocey positif COVID-19

Isteri pelawak Fad Bocey, Nur Syahirah A. Rahman reda dengan dugaan apabila disahkan positif COVID-19.

BACA: “Bangun Subuh Badan Dah Tak Sedap, Selsema Perit” - Isteri Fad Positif COVID-19, Ramai Doa Cepat Sembuh

Menurut Syahirah, pada mula dia hanyalah dikategorikan sebagai kontak rapat dah sudah membuat kuarantin kendiri bermula Isnin.


#4 Ex Da’I Farhan kahwin lelaki muda? Ye ke?

Selepas panas dengan imej terbaharunya yang dilihat sudah tidak lagi bertudung dan berambut ‘blonde’, bekas isteri Da’i Farhan yang dikenali sebagai Dr. Erin dikatakan sudah berkahwin dengan seorang lelaki muda.

Menerusi kenyataan terbaharunya di dalam kemas kini di akaun Instagram miliknya mengucapkan terima kasih kepada keluarga mentuanya kerana menerima dia seadanya.

BACA: “My In-Law Familia…Terima Kasih Terima Diri Ini Seadanya…”- Ex Da’i Farhan Kahwin Lelaki Muda?

Malah dia memberitahu dia bersama lelaki yang dipercayai suaminya kini sedang menyiapkan rumah baru mereka.


#5 Badan Uyaina sakit macam kena pukul, tapi kenapa?

Pelakon dan pengacara Uyaina Arshad terpaksa dimasukkan ke wad hospital selepas mengalami tekanan darah rendah dan lemah badan selepas disahkan positif COVID-19.

BACA: “Merangkak Pergi Toilet, Badan Macam Kena Pukul..” - Uyaina Arshad Masuk Hospital Selepas Positif COVID-19

Menurut Uyaina atau nama sebenarnya Naseha Uyaina Arshad, 30, suaminya penyanyi Raja Syahiran juga positif namun dibenarkan untuk menjalani kuarantin kendiri di rumah.


#Gempak Recap
;