Eh, eh sekejap sahaja dah nak masuk hari Khamis kan?

Jadi why not kita lihat recap apa yang Onz untuk hari Rabu.


#1 Sajat happy jadi Wanita di Australia

Usahawan kontroversi, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman memaklumkan sudah menukar status jantinanya kepada wanita.

BACA: “Rasa Seperti Dilahirkan Semula” - Sajat Kini Wanita Di Australia, Dakwa Berjaya Daftar Status Tukar Jantina

Muhammad Sajjad atau lebih dikenali dengan nama Nur Sajat mendakwa status penukaran jantinanya diluluskan kerajaan Australia.


#2 Betul ke bekas isteri Da’I Farhan free hair?

Sejak beberapa hari lalu akaun media sosial bekas isteri kepada penceramah bebas Da’i Farhan menjadi perhatian selepas memuat naik foto tidak bertudung.

BACA: Bekas Isteri Da’i Farhan Kini ‘Free Hair’?, Dr. Erin: Semua Ujian Saya Dapat Harungi Dengan Cemerlang, Tapi Bab Aurat Ni…”

Dr Erin atau nama sebenarnya Noorainul Naqim Mohd. Radzi memuat naik foto percutiannya di Tawau, Sabah dan mula menerima pelbagai komen daripada warganet.


#3 Iqbal ni tahap kayanya macam mana ya?

Bekas peserta Big Stage 2022, Iqbal Zulkefli menafikan dakwaan bahawa dirinya terlibat dengan pengubahan wang haram (money laundering).

BACA: Terlibat Dengan Money Laundering? Iqbal Zulkefli; "Saya Kaya Tapi Bukan Kaya-Raya, Saya Yakin Saya Tak ..."

Jelas Iqbal, 27, kekayaan dan wang yang dimilikinya hasil daripada titik peluhnya sendiri menjalankan bisnes sejak lima tahun lalu.


#4 PU Amin komen isu Sajat

Penceramah bebas, PU Amin berharap Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat yang sudah menukar status jantinanya kepada wanita secara sah di Australia diberikan kesembuhan dan hidayah daripada Allah SWT.

BACA: Tukar Status Jantina, Ini Reaksi PU Amin & Timbalan Menteri Hal Ehwal Agama

PU Amin menerusi perkongsian di InstaStory berkata, Sajat mungkin berjaya di sana (Australia) tetapi bukan di Malaysia kerana di negara ini masih ada individu bertanggungjawab untuk menghalang perkara tersebut daripada berlaku.


#5 Mira Filzah nak jadi mummy dah

Sejak pelakon dan pengacara Mira Filzah berkongsi berita kehamilannya kepada umum, tiada lagi foto dan perkongsiannya yang menampakkan jelas dirinya sedang hamil.

BACA: “Eh Comelnya Baby Bump”- Ramai Teruja Tengok Perut Mira Filzah

Namun semalam, foto terbaharu Mira bersama perutnya yang jelas kelihatan lebih besar telah membuatkan ramai pengikutnya serta netizen teruja.