Sukan

Redah Hujan, Berlecak Demi Music Run 2019

gempak
Amri Hassan
27/11/2019
08:23 MYT
Sponsor Banner
Redah Hujan, Berlecak Demi Music Run 2019
Petang Sabtu, 23 November. Langit mendung selepas kumpulan pertama larian 10 dan 5 kilometer dilepaskan.
Selang 30 minit kemudian, hujan turun mencurah-curah di perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil, lokasi di mana Music Run 2019 berlangsung kali ini.
Namun, ia sama sekali tidak mematahkan semangat dan keterujaan lebih 20,000 peserta dalam pelbagai kategori itu. Baik berlari solo mahupun bersama keluarga.
Music Run 2019 disambut dalam renyai hujan yang turun berselang-seli dengan iringan muzik semasa sepanjang trek 5 kilometer keliling stadium.
Berlecak dan basah lencun bukan penghalang untuk peserta terus berlari sambil berhibur! Terbukti muzik mampu menceriakan petang yang suram dibasah hujan.
Seusai peserta menamatkan larian, Music Run meneruskan kesinambungan seperti penganjuran enam tahun sudah dengan konsert live dari barisan artis hebat antaranya Ryot Jines, The Venopian Solitude dan Nik Qistina.
Adrenalin terus dirancakkan dengan tarian energetik dari Live The Beat Squad dan Dance Crew.
Menghidupkan suasana malam, Music Run 2019 menerbangkan DJ Shann, DJ Sam Withers, Jesse Lawrence dan Ricki Van Rensburg untuk memutarkan lagu-lagu hit sepanjang zaman sepanjang konsert live sebelum menutup acara.
Menariknya tentang Music Run 2019, ia menjadi penganjuran acara larian paling mesra alam apabila mengharamkan penggunakan botol plastik, menghadkan pembebasan gas rumah hijau dan menggalakkan amalan kitar semula.
Apa kata kita layan foto-foto menarik sepanjang acara berlangsung!
A post shared by The Music Run™ (@themusicrun) on
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live