Hiburan

Reen Rahim Berdebar, Tak Sabar Tunggu 25 Jun...

gempak
Kamaruddin Razal
22/06/2020
12:58 MYT
Sponsor Banner
Reen Rahim Berdebar, Tak Sabar Tunggu 25 Jun...
Pelakon Reen Rahim mengakui dia rasa tak sabar dan berdebar menanti tarikh 25 Jun.
Reen atau nama sebenarnya, Noreen Ashikin Abdul Rahim bakal muncul dengan filem Town Mall di Astro First.
"Sejujurnya, saya tak sabar. Selepas filem Syif Malam Raya mendapat sambutan yang baik di Astro First, saya rasa berdebar.
"Macam manalah pula nanti penerimaan orang ramai terhadap Town Mall. Harapnya lebih baik berbanding karya-karya sebelum ini.
"Filem ini memberi satu aura berbeza kerana ia merupakan adaptasi dari sebuah novel popular berjudul sama. Saya juga harap orang tak bosan lihat wajah saya! Hahaha," selorohnya.
Membawa watak Akma, Reen akui sukar untuk menjayakan karakter ini.
"Susah sebenarnya watak Akma kerana ia memerlukan permainan jiwa. Tapi, saya sudah lakukan sedaya mungkin dan berdoa agar penonton berpuas hati dengan apa yang saya persembahkan dalam filem ini," katanya lagi.
Jangan lupa saksikan filem Town Mall yang mengangkat kisah seram pembangunan sebuah bangunan yang terbiar.
Akibat gangguan halus yang sering berlaku, pembinaan Town Mall terpaksa dihentikan dan sejak itu ia terbiar kosong selama 10 tahun.
Kini, sebuah syarikat pembinaan merancang untuk menyambung semula dan menyiapkan bangunan terbiar itu untuk dijadikan sebuah pusat beli belah terkemuka.
Pengurus projek iaitu Rusdi ditugaskan untuk memantau projek baru itu. Pada awalnya pembinaan itu berjalan dengan lancar, sehinggalah suatu hari kejadian sama dari 10 tahun lalu berlaku semula.
Jangan lupa saksikan naskhah lakonan Datuk Seri Eizlan Yusof, Reen Rahim, Intan Ladyana, Nynaa Harizal, Adam Shahz, Datuk Jalaluddin Hassan, Erry Putra, Hafizuddin Fadzil, Nor Albaniah, Ku Faridah dan Farahdhiya di pawagam rumah anda!
Langgan filem Town Mall bermula 25 Jun ini di Astro First saluran 480!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024