Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Reen Rahim Hadiahkan Rumah Untuk Ibu Bapa - “Niat Buat Cantik-Cantik, Nak Umi & Abah Duduk Situ”

Asyikin Mayudin
04/03/2024 09:55 MYT
Pelakon Reen Rahim memberitahu dia sememangnya sudah lama mengimpikan sebuah rumah yang cantik untuk didiaminya.

BERITA TRENDING: Reen Rahim Menjerit Terkejut, Tengah Live Tiba-Tiba Monyet Masuk Dapur - “Sumpah Tak Kelakar, Ingat Rumah…

Menerusi perkongsian di TikTok, Reen berkata dia menyimpan angan-angan untuk memiliki sebuah kediaman dan akhirnya impian itu tercapai.

“Bagi yang memang membesar atas duit mak bapa dah stabil mase die baru lahir, akan rase benda yang aku buat ni biasa saja. Tapi untuk aku yang membesar sederhana, tidak mewah, ini adalah hadiah dari Allah yang sangat-sangat berharga untuk aku dan keluarga.

“Adik-adik dekat luar sana, beranganlah. Sebab angan-angan itu bukan saja-saja Allah lintaskan dalam hati dan otak kita. Setiap angan-angan kita sebenarnya petunjuk daripada Allah untuk kita berdoa, meniti jalan dan berusaha untuk capai angan-angan itu.

“Jangan abaikan dream yang lalu-lalu kat kepala dan hati kita. Pegang dia bawa dia sampai kita sampai kat dia. Inilah angan-angan Reen,” kongsi Reen yang turut memuat naik video memperlihatkan rumahnya.

Bagaimanapun, menurut Reen, kediaman yang dihias dengan cantik itu diberikan sebagai hadiah kepada ibu bapanya.

“Dari kecil tengok rumah cantik-cantik dalam TV, majalah… teringin nak ada semua ni. Dah besar dah kerja, Reen siapkan tempat Reen cantik-cantik selesa, macam dalam majalah tu.

“Tapi pelik… dah ada semua tapi hati tak tenang. Reen doa tanya Allah kenapa aku tak tenang… apa yang aku terlepas pandang ya Allah. Satu hari Allah jadikan asbab rumah umi banjir, pokok tumbang.

“Rupa-rupanya itu signal yang Allah sampaikan… buat I sedar kebahagiaan itu bukan tentang diri sendiri, Bahagia akan datang bila kita bahagiakan orang yang kita sayang,” ujarnya.

Menurut Reen lagi, dia bersyukur kerana dapat membahagiakan ibu bapanya dengan memberikan sebuah kediaman untuk mereka menikmati hari tua bersama.

“My 1st landed house, Reen niat buat cantik-cantik, nak umi abah yg duduk situ, Reen nak rumah ni jadi tempat pulang kami adik-beradik. Reen nak rumah ni tempat umi abah relax menikmati hari tua mereka.

“Jangan persoalkan kenapa aku buat sehabis baik macam aku yang nak duduk sini. Padahal aku tetap duduk rumah lama aku. Ade quote yang Reen pegang ‘Layan ibu bapa mu seperti raja, Allah akan jaga segala urusan mu di dunia dan diakhirat’ dan Reen sangat yakin dengan itu.

“Alhamdulillah tenang yang luar biasa Allah hadiahkan pada Reen dan suami sekarang. Ya Allah aku mohon kau dipermudahkan segala urusan kami di dunia dan di akhirat, kau panjangkanlah umur kedua ibu bapa kami,” katanya.

undefined
#Reen Rahim #Ibu bapa Reen #Rumah Reen
;