,
Laman Utama

Reen Rahim Menjerit Terkejut, Tengah Live Tiba-Tiba Monyet Masuk Dapur - “Sumpah Tak Kelakar, Ingat Rumah Aku Zoo?”

Mya Amri
23/11/2023
01:25 MYT
Pelakon, Reen Rahim berdepan detik mencemaskan apabila seekor monyet secara tiba-tiba memasuki ruangan dapur rumahnya semasa dia sedang melakukan sesi siaran langsung di Instagram.
Reen memaklumkan perkara itu selepas memuat naik video pendek merakamkan detik cemas tersebut.
Menurut Reen, monyet tersebut telah memasuki bahagian dapur, kemudian memanjat bahagian atas peti ais dan memakan telur mentah.
“Allahuakhbar monyet, besarnya monyet. Aku takut, macam mana ni. Eh dia makan telur lah pula. Sumpah weh monyet. Aduh.
“Okay relax, nampak tak dia makan telur tu. Ya Allah macam mana ni keluarlah,” katanya sambil cuba menghalau monyet itu dengan penyapu.
“Berani korang masuk rumah aku eh, dia amik makanan ikan, mana suami kita… Tadi masa Reen buka tingkap monyet tu tak ada.
“Ini perangai macam Israel, aku dah bagi cekik, tiap-tiap hari aku dah bagi rotilah, nasilah, ayamlah, kau rembat telur.
“Guys sumpah tak kelakar… Kat depan ni ada lagi, kau ingat rumah aku ni apa, zoo? Takut kan?” ujarnya mengakhiri video berkenaan.
Dalam pada itu, di ruangan komen pula rata-rata netizen terhibur dengan gelagat Reen yang cemas tetapi lucu.
Namun ada juga yang menasihatkan Reen untuk tidak memberikan makanan kepada monyet itu kerana dikhuatiri haiwan tersebut akan kembali menganggu.
Antara komen yang diterima adalah:
“Hahah nak kesian tapi Reen macam comel pula, lepas tu berani tak lari tau, kalau saya gelupur dah,”
“Jangan dibagi makan nanti ramai dia datang. Baik-baik kejar monyet tu dia berani patah balik nanti dia gigit Reen. Tingkap sentiasa rapat dia pandai buka tau tak kunci,”
“Ni dia kira berani lah jugak boleh senyum senyum lagi, kalau aku ni mana maunya senyum mesti nangis macam kena histeria. Nyorok dalam bilik air sampai dorang hilang,”
“Tutup tinggkap semua tu, bahaya tu. Jangan biasa bagi dia makan nanti dia bawa gengnya pula,”
Lihat video penuh Reen di bawah:
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Terkini

Ibu Maid Hubungi Zaquan Adha, Merayu Bantu Anak Di KL - "Menangislah Air Mata Darah Sekali Pun, Saya Takkan..."

gempak
27/08/2024
08:25 MYT
Suami kepada pelakon Ayu Raudhah, bekas pemain bola sepak kebangsaan, Zaquan Adha mendedahkan ibu kepada salah seorang pembantu rumahnya yang melarikan diri minggu lalu ada menghubunginya baru-baru ini.
Berita

Mpox Bukan Covid-19 Baharu - WHO

gempak
21/08/2024
12:55 MYT
Penularan mpox atau cacar monyet yang semakin membimbangkan bukanlah satu lagi Covid-19.
Hiburan

“Jangan Terlalu Seronok, Melihat Orang Bercerai-Berai, Kita Tak Tahu Hal Sebenar - Nora Ariffin

gempak
20/08/2024
03:25 MYT
Penyanyi Datuk Nora Ariffin menasihatkan pengikutnya agar tidak meraikan ujian rumah tangga yang menimpa orang lain.
Berita

Akibat Kahwin Lain, Wanita Nekad Robohkan Rumah Bekas Kekasih

gempak
19/08/2024
00:55 MYT
Seorang wanita di Pati, wilayah Jawa Tengah nekad merobohkan rumah yang dibina bersama bekas kekasihnya selepas lelaki tersebut membatalkan perkahwinan mereka.
Hiburan

Dr Say Maklum Anak Kedua Masih Trauma Selepas Insiden Maid Bawa Lelaki Warga Asing Masuk Rumah -  “Bila Sebut CCTV, Dia...”

gempak
15/08/2024
02:55 MYT
Personaliti media sosial dan doktor selebriti, Dr Say Shazril memaklumkan pembantu rumah warga Indonesia yang kantoi membawa lelaki asing ke dalam rumahnya tempoh hari telah diusir dan tidak lagi berkerja bersamanya.