Rekod Perubatan Isteri Pertama Tersebar, Alif Teega Didakwa Dera Aisyah Hijanah?
Gempak
29/11/2023 10:46 MYT
29/11/2023 10:46 MYT
Nama pempengaruh Islamik kontroversi, Alif Teega sekali lagi mendapat perhatian apabila seorang individu menunjukkan rekod perubatan yang didakwa kepunyaan isteri pertamanya, Aisyah Hijanah di Platform X.
Menerusi perkongsian itu, dapat dilihat rekod tersebut menerangkan Aisyah membuat aduan didera oleh Alif pada 9 November lalu.
BERITA TRENDING: Netizen Dakwa Banyak Akaun Fake Fatin Umaidah Muncul Di IG? Siap Letak Bio “The Man I Prayed For”
“Didera oleh suami beberapa kali tahun ini. Terbaharu adalah semalam kira-kira jam 8 malam di rumah mereka dekat Eco Majestic, Semenyih.
“Sebelum kejadian dia mempunyai perselisihan faham bersama suaminya tentang orang ketiga.”
Rekod itu turut mendakwa Alif memegang tangan kanan Aisyah dengan kasar dan menolaknya ke lantai.
Selain itu, rekod itu juga menyatakan Alif melempang Aisyah pada bahagian kiri kepala dan telinga.
“Suami memegang tangan kanan Aisyah dengan kasar dan menolaknya ke lantai. Suami turut melempang Aisyah pada bahagian kiri kepala dan telinga.”
Menjengah ke ruangan balas ciapan, rata-rata warganet berasa tidak puas hati dan menghembuskan kata-kata kesat kepada Alif manakala ada juga yang mempersoal kebenaran di sebalik rekod perubatan berkenaan.
“Bodoh jantan dayus, semoga mandul kedua-dua laki bini baru tu,”
“Tergamaknya berkasar dengan pukul isteri mengandung,”
“Kalau betul, sumpah Alif ni s*al! Tapi boleh ke pihak klinik dedahkan medical report patient dia?”
Sekadar info, Alif Teega sebelum ini telah berkahwin untuk kali kedua dengan wanita bernama Fatin Umaidah pada 21 November 2023 di Songkhla Thailand.