Berita

Remaja 18 Tahun Maut Tertimbus Tanah Ketika Mendulang Emas Di Lipis

gempak
Gempak
01/03/2024
15:55 MYT
Sponsor Banner
Remaja 18 Tahun Maut Tertimbus Tanah Ketika Mendulang Emas Di Lipis
Malang tidak berbau… Mungkin hal itu yang tepat menggambarkan situasi seorang remaja maut tertimbus tanah dipercayai ketika mendulang emas di Kampung Pantos, Sungai Koyan, Lipis, Pahang pada Rabu.
Ketua Polis Daerah Lipis, Superintenden Azli Mohd Noor berkata, mangsa dikenali sebagai Budiman Johan, 18.
Menurutnya, siasatan awal mendapati, kejadian berlaku ketika mangsa bersama empat rakan sedang melakukan aktiviti menggali tanah menggunakan tangan untuk mendulang emas di lokasi itu.
"Ketika melakukan penggalian, tanah yang digali dipercayai terjatuh menyebabkan mangsa tertimbus.
"Rakan-rakannya segera membantu dan berjaya mengeluarkan mangsa dari timbunan tanah sebelum membawanya pulang ke rumah di Pos Pantos," katanya.
Azli berkata, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Klinik Kesihatan Sungai Koyan sebelum kematiannya dimaklumkan kepada pihak polis oleh Tok Batin kampung berkenaan jam 12 tengah hari pada Rabu.
"Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Kuala Lipis untuk proses bedah siasat," jelasnya. Azli berkata, berdasarkan maklumat, mangsa bersama empat rakannya ke pergi tempat kejadian kira-kira 3 pagi sebelum melakukan aktiviti mendulang dalam kawasan sebuah ladang sawit.
Sumber: Sinar Harian

BERITA TRENDING: Ini Kisah Pelajar Tahfiz Yang Tidak Dijemput Pulang Ke Rumah Oleh Keluarga Meskipun Cuti Sekolah Telah Bermula

BERITA TRENDING: Shaheizy Sam Ulas Isu Filem La Luna Yang Dikatakan Ada Unsur ‘Soft Porn’ - Terpulang Pada Hati Nak Hukum…

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024