Berita
Remaja Ceroboh, Menyamar Petugas Hospital Direman Dua Hari
Seorang remaja perempuan yang ditahan semalam kerana disyaki menceroboh dan menyamar sebagai petugas hospital di Serdang, direman selama dua hari sehingga esok.
Perintah reman ke atas remaja berusia 14 tahun itu dikeluarkan Majistret Muhammad Bukhori Md Ruslan, hari ini untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 448 dan 170 Kanun Keseksaan, iaitu menceroboh dan menyamar sebagai penjawat awam.
Terdahulu, remaja itu tiba di Kompleks Mahkamah Sepang kira-kira pukul 8.40 pagi dengan pakaian lokap berwarna oren, diiringi polis.
Semalam, Ketua Polis Daerah Sepang, ACP Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata remaja warga tempatan itu ditahan pada 9 pagi semalam di lobi Hospital Sultan Idris Shah (HSIS) Serdang, dekat sini.
BERITA TRENDING: Sedar Nama Dipetik Selepas Konsert Ajai, Nourul Depp Mohon Peminat Tak Buat Perbandingan - “Siapa Pun Boleh Menyanyi Lagu Keliru, Semua Ada Cara Tersendiri”
BERITA TRENDING: Anak Hempuk Kepala Ibu Guna Helmet Dipenjara 5 Bulan!
BERITA TRENDING: Olimpik Paris 2024: Jadi ‘Wajah’ AS, Snoop Dogg Terima Bayaran Jutaan Ringgit Sehari
BERITA TRENDING: Pakar Pesan Jangan Pakai Hair Dryer Yang Tersedia Di Hotel! Ini Sebabnya…
Beliau berkata polis turut merampas baju, seluar scrub dan lanyard hak milik hospital.
Sumber: BERNAMA menerusi Astro Awani
Must-Watch Video