Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Remaja Nyaris Maut Termakan Biskut Dicampur Racun

Gempak
14/07/2024 10:32 MYT
Seorang remaja lelaki berumur 13 tahun di Kampung Dadong, Kemaman, Terengganu, nyaris maut selepas termakan biskut yang dicampur racun dalam kejadian Jumaat lalu.

Dalam kejadian sekitar jam 1.45 petang itu, Mohd Daynail Haikal Alias, dikejarkan ke Unit Kecemasan Hospital Kemaman selepas pengsan ketika dirawat di Klinik Kesihatan Air Puteh.

Sebelum kejadian, mangsa bersama seorang rakannya masuk ke sebuah kebun pisang dan kelapa milik seorang penduduk kampung untuk memancing yang terletak kira- kira tiga kilometer dari kediamannya.

Dek kerana terlalu lapar, mangsa dikatakan telah makan sekeping biskut yang dipercayai dicampur racun untuk menghalau kera dan beruk yang digantung di atas sebatang kayu di kebun terbabit.

Menurut bapa mangsa, Alias Saras, 57 tahun ketika dihubungi berkata dia mengetahui kejadian yang menimpa anak keempat dari lima beradik itu selepas diberitahu oleh isterinya Roslina Ahmad, 52 tahun.

Katanya selepas makan makanan itu anaknya pengsan dan mulutnya mengeluarkan buih sebelum dikejarkan ke klinik kesihatan berdekatan.

Bagaimanapun, Alias bersyukur anaknya itu semakin pulih selepas menerima rawatan di hospital.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Kemaman, Supt. Hanyan Ramlan mengesahkan telah menerima laporan berkenaan kejadian tersebut pada jam 4 petang tadi.

Kes disiasat di bawah Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001.

BERITA TRENDING: Keropok Beracun: Adik Luth Menyusul Abang Akil Meninggal Dunia

BERITA TRENDING: Keropok Beracun: Lelaki Dipercayai Pemilik Pebun Direman Enam Hari

BERITA TRENDING: Jiran Telefon Minta Maaf, Beritahu Anak Dia Yang Letak Racun

BERITA TRENDING: Akil Syauqi Meninggal Dunia Termakan Keropok Mengandungi Racun Tikus

Sumber: Buletin Utama
#Viral #Terengganu #Remaja #Pisang #Kebun #Racun #keropok #Kemaman