Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Remaja OKU Lahirkan Anak Bapa

Gempak
21/07/2024 18:55 MYT
Rahsia seorang remaja perempuan yang juga orang kelainan upaya (OKU) lembam berusia 13 tahun dipercayai diperkosa bapa kandung terbongkar apabila dia melahirkan bayi di sebuah klinik kesihatan di daerah ini semalam.

Lahirkan Anak Perempuan

Mangsa melahirkan bayi perempuan di klinik kesihatan berkenaan pada pukul 7 malam.

Ketua Polis Daerah Dungun Superintendan Maizura Abdul Kadir berkata, pada mulanya, remaja perempuan berkenaan dihantar ke klinik kesihatan terbabit setelah mengadu sakit perut.

BERITA TRENDING:Berita Kehamilan Dicemari Dengan Fitnah Tak Bayar Gaji Staf, Intan Najuwa Tampil Pertahankan Diri - “Mess With Me & You Will Regret It!”

BERITA TRENDING:Netizen Risau Intan Najuwa Kongsi Berita Kehamilan Terlalu Awal? Ini Jawapan Tuan Empunya Badan

BERITA TRENDING:Mahu Dikebumikan Sebelah Kubur Ibu, Ini Fakta Menarik Tentang Suspek Kes Bunuh Farah Kartini

BERITA TRENDING:Hilangnya Bakal Pendidik Bangsa, Nur Farah Kartini Graduan Cemerlang Dengan GPA 4.0 - “Banyak Cabaran Sepanjang Tempoh Pengajian Ini Tapi…”

Begitupun pemeriksaan pegawai perubatan bertugas mendapati mangsa sebenarnya sedang hamil. Tidak lama kemudian, dia tiba-tiba mengadu sakit sebelum bersalin di klinik kesihatan tersebut,” katanya.

Maizura berkata, remaja perempuan OKU itu dan bayinya kemudiannya dihantar ke Hospital Dungun di sini untuk rawatan lanjut.

“Siasatan awal percaya buruh itu telah memperkosa anak kandungnya sejak mangsa berusia 12 tahun..

Beliau berkata, susulan itu, bapa mangsa berusia 45 tahun telah ditahan hari ini untuk membantu siasatan.

“Siasatan awal percaya buruh itu telah memperkosa anak kandungnya sejak mangsa berusia 12 tahun. Dia juga mempunyai rekod lampau berkaitan dadah dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan,” katanya.

Sumber: Kosmo!

#Berita #Bapa #OKU #Perkosa
;