Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Berita

Remaja Perempuan Dir*gol Di Stor PPS - "Kejadian Itu Diketahui Abang Mangsa"

Gempak 21/12/2024 | 07:50 MYT
Tujuh kes jenayah termasuk satu kejadian rogol di pusat pemindahan sementara (PPS) direkodkan sepanjang banjir gelombang pertama baru-baru ini, kata Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat.
Beliau berkata, enam kes jenayah lain adalah membabitkan kes pecah rumah (empat kes), curi kenderaan motosikal dan cabul masing-masing satu kes.

BERITA TRENDING: Banjir: Pengendali PPS Diingat Jaga Kualiti Makanan, Elak Keracunan – Dzulkefly

BERITA TRENDING: 10 Negeri Terjejas Banjir, Lebih 147,000 Mangsa Ditempatkan Di 676 PPS

BERITA TRENDING: 'Founder' Melawat Mangsa Banjir Di PPS Siap Pakai Jaket Bulu & Handbag Mewah, Netizen Komen: “Tapi Sekarang Musim Hujan Kak, Belum Salji”

BERITA TRENDING: Predator Seks Yang Ro*ol 158 Mangsa, Reynhard Sinaga Diserang Dalam Penjara

Katanya, kejadian rogol itu membabitkan mangsa berusia 15 tahun manakala suspek adalah 23 tahun yang juga seorang buruh binaan.
"Kejadian itu berlaku jam 12.30 tengah malam pada 2 Disember lalu di sebuah stor di PPS terbabit dan dikatakan mangsa serta suspek berkenalan di sana.
"Kejadian itu diketahui abang mangsa dan mereka mengaku melakukan perbuatan terkutuk itu selepas disoal siasat oleh keluarga.
"Laporan polis dibuat sebelum suspek ditahan pada 6 Disember dan direman selama tujuh hari," katanya kepada pemberita di sini, semalam.
Mohd Yusoff berkata, pertuduhan dibuat di Mahkamah Syariah Kota Bharu pada 12 Disember lalu, namun suspek tidak mengaku bersalah dan tiada sebarang jaminan ditawarkan.
Menurutnya lagi, pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan (KK) dan hakim menetapkan sebutan semula kes berkenaan pada 14 Januari depan.
"Kita anggap kes rogol yang berlaku di PPS ini adalah jenayah terpencil namun perlu dipandang serius kerana membabitkan mangsa bawah umur," katanya.
Sumber: Harian Metro
#Kelantan #Abang #Polis #Banjir #Rogol #PPS
;