Viral
Predator Seks Yang Ro*ol 158 Mangsa, Reynhard Sinaga Diserang Dalam Penjara
Lelaki yang digelar predator seks, Reynhard Sinaga sedang menjalani hukuman penjara di sebuah penjara di London selepas didapati bersalah melakukan pelbagai jenayah tersebut pada tahun 2020.
BERITA TRENDING: Kasus Pemerkosaan 'Predator Seks' Reynhard Sinaga Difilmkan
BERITA TRENDING: Dua Lelaki Ditahan Kes Rogol Gadis Orang Asli
Ternyata Reynhard, yang merupakan rakyat Indonesia itu tidak aman’ di dalam penjara apabila dilaporkan telah diserang banduan lain sehingga cedera pada Julai lalu.Menerusi sejumlah laporan media tempatan termasuk The Sun, lelaki berusia 41 tahun itu diserang banduan lain kerana disifatkan bersikap sombong selain ramai yang tidak dapat menerima sikap serta jenayah seks yang dilakukannya sebelum ini.
Bagaimanapun butiran mengenai kecederaan dan serangan yang berlaku ke atas Reynhard tidak didedahkan namun ia dipercayai sudah lama dirancang oleh sekumpulan banduan yang membencinya.
Insiden serangan itu berjaya dihentikan oleh sekumpulan banduan lain.
“Reynhard dibenci ramai banduan lain kerana sikap sombong dan kejahatan yang telah dilakukannya,” ujar satu sumber kepada The Sun.
BERITA TRENDING: Perkosa Ratusan Korban Sesama Jenis, Pria Indonesia ini Diberi Jolokan Predator Seksual Jahat
Terdahulu Reynhard menggemparkan dunia apabila didapati bersalah melakukan jenayah seks sepanjang dia berada di London.Lelaki yang tiba ke negara tersebut atas visa pelajar sejak tahun 2007 dan memiliki dua gelaran dalam sosiologi dari Universitas Manchester diketahui memulakan jenayah dalam tempoh dua tahun setengah sejak 1 Januari 2015 sehingga 2 Jun 2017.
BBC dan AP melaporkan Reynhard telah melakukan 159 kes rogol dengan 48 daripadanya adalah merupakan serangan seksual terhadap lelaki. Dia juga didapati memiliki 3,29 terabyte konten pornografi di telefon bimbit yang setara dengan 250 DVD atau 300,000 foto.
BERITA TRENDING: Ayah Reynhard Sinaga Bilang Hukuman buat Si Predator Seksual Sesuai Kejahatannya
Kejahatannya terbongkar pada 2017 selepas seorang mangsa yang didera berjaya melarikan diri.Mengikut fakta kes, Reynhard dijatuhi penjara seumur hidup kerana disifatkan berbahaya untuk masyarakat. Hukuman penjaranya bagaimanapun boleh menjadi hanya 30 tahun.
Must-Watch Video