Skip to main content

Trend Pasaran

Wanita Minta Sedekah ‘Kantoi’ Pandu Kereta Honda CRV, Mengaku Tak Berduit - “Ini Kereta Kawan Saya…”

untitled-design-2024-03-26t110202-040.jpg

Isu penipuan dalam peminta sedekah bukanlah sesuatu yang asing lagi pada zaman sekarang.

Oleh sebab itu, orang ramai kebanyakkannya tidak yakin ataupun kadangkala kurang ikhlas untuk memberi sumbangan kerana bimbang ditipu oleh golongan berkenaan.

Begitulah sinonimnya perkara itu dengan satu video yang tular baru-baru ini, di mana entri tersebut memaparkan penipuan seorang peminta sedekah terbongkar selepas dirinya dicekup memandu sebuah kereta berjenama Honda CRV oleh satu individu.

“Orang Malaysia sampai bila nak diperbodohkan, minta sedekah pun pakai Honda CRV,” tulis individu itu.

Walaupun ditangkap secara terang-terangan, peminta sedekah itu bagaimanapun masih berdolak-dalik dengan memberi alasan bahawa kereta yang dipandu bukanlah miliknya sebaliknya kenderaan itu dipinjam dari seorang kawan.

“Ini kawan saya punya kereta, bukan saya punya, saya tak ada duit nak beli barang pun!” katanya.
 

Minta sedekah lagi kaya dari kau yang keje siang malam.

? Iqbal Blues pic.twitter.com/BwgNM4cknQ

Must-Watch Video

Advertisement