Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Remy Ishak Dapat Datuk, Ashraf Muslim Terima Pingat

Gempak
25/08/2024 11:21 MYT
Pelakon Remy Ishak bergelar Datuk selepas menerima darjah kebesaran Pangkuan Seri Melaka (DPSM) dalam istiadat pengurniaan darjah kebesaran telah dijalankan di Balai Istiadat Seri Negeri, Ayer Keroh pada Sabtu.

Remy atau anak sebenarnya Mohammad Zalimei Ishak merupakan anak jati Melaka merupakan artis terkenal yang telah berlakon lebih 30 filem sejak 2007.

Darjah itu diberikan Sempena Hari Ulang Tahun Ke-75 Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Ali Mohd. Rustam.

Manakala pelakon Ashraf Muslim turut dianugerahkan Bintang Khidmat Terpuji (BKT) selepas watak Sultan Melaka dalam Hikayat Hang Tuah.

BERITA TRENDING: Gayakan ‘Subang Septum’ Palsu, Remy Ishak Tak Kesah Dikecam Netizen - “Bagi Peluang La..”

BERITA TRENDING: Syamel Tak Halang Anak Terjun Bidang Seni Hiburan - “Selfish Kalau Saya Nak..”

BERITA TRENDING: Penggemar Filem Komedi, Ini Senarai Filem Mencuit Hati Hasil Legasi Afdlin Shauki!

BERITA TRENDING: Kongsi ‘Quote’ Dengan Maksud Tersirat, Ruhainies Tujukan Dekat Siapa?


Pingat Darjah Cemerlang Seri Melaka (DCSM) turut diberikan kepada suami pelakon Heliza Helmi, Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman.

Sumber: Kosmo ONLINE!

#Remy Ishak #Ashraf Muslim #Datuk #Anugerah #Heliza #Remy #Helmi