BERITA

“Remy Ishak Garang” – Puteri Aishah

Syafiqah Jalal 27/06/2018 | 04:37 MYT
Pelakon Puteri Aishah akui teruja apabila pertama kali berpeluang bergandingan dengan aktor, Remy Ishak di dalam filem Pulang.
Sebagai pelakon baharu Puteri Aishah berkata dia amat berbangga
“Pada mulanya ditawarkan untuk berlakon filem ini ketika itu saya masih baharu dalam bidang seni.
“Bayangkan penggambaran ini dilakukan ketika dua tahun lalu.
“Bila ditawarkan itu saya sangat bangga apabila dapat bekerjasama dengan pengarah hebat seperti Kabir Bhatia serta hero filem Remy Ishak.
“Menerusi filem ini bakat lakonan saya dicungkil dan dikembangkan lagi,” katanya kepada Astro Gempak.
Pulang merupakan filem epik yang bakal ditayangkan di seluruh pawagam pada 26 Julai depan.
Mengulas mengenai kerjasamanya dengan Remy sebagai hero dan heroin filem tersebut, Puteri memberitahu Remy seorang yang tegas.
“Remy seorang yang garang. Mungkin dia tegas dalam kerja.
“Bila dia hendakkan sesuatu itu dia mahu ia sempurna dan mengikut kehendaknya.
“Namun saya dapat menimba banyak ilmu dalam filem ini,” katanya lagi.
Selain Remy dan Puteri, file mini menampilkan barisan pelakon lain seperti Azrel Ismail, Erwin Dawson, Datuk Jalaludin Hassan, Datuk Rahim Razali, Che Puan Juliana Evans dan ramai lagi.
Teks oleh: Syafiqah Jalal
#pelakon #Remy Ishak #Pelakon #Puteri Aishah #Filem Pulang