Pelakon Remy Ishak antara individu yang turut terkesan dengan nahas pesawat jenis Beechcraft yang terhempas di Elmina, Shah Alam pada petang Khamis.

BACA: "Adik Sayang Mama Sangat-Sangat" - Kata-Kata Terakhir Juruterbang Pesawat Terhempas

BACA: Tragedi Pesawat Terhempas: Penunggang Motosikal Sempat Jerit Allahuakbar

BACA: Pesawat Ringan Terhempas Di Elmina Shah Alam, Ada Mangsa Dikhuatiri Maut?

BACA: Video Dashcam Kereta, CCTV Rumah Jadi ‘Saksi’ Tragedi Pesawat Terhempas Di Elmina


Berkongsi di Instagram, kata Remy, 41, dia antara individu yang sempat bertemu dengan juruterbang pesawat ringan terbabit, Kapten Shahrul Kamal, kali terakhir pada dua hari lalu.

"Takziah buat Shefa sekeluarga atas pemergian Kapten Shahrul Kamal dalam nahas pesawat yang berlaku di Elmina semalam.

"Baru dua hari lepas jumpa Kak Iza, arwah (Kapten Shahrul Kamal) dan isterinya, Shefa at Mozers Shah Alam.

"Hari ni buka WhatsApp dapat berita sedih ini. I'm so sorry to hear this Shefa. Moga Allah tempatkan Shahrul bersama orang yang beriman," panjat doa Remy.



Remy turut berkongsi foto-foto yang sempat dirakamkan bersama arwah ketika pertemuan mereka baru-baru ini.

Allahyarham Shahrul, 42, bersama sembilan lagi individu termasuk seorang pemandu kereta dan penunggang motosikal maut selepas pesawat ringan terhempas di Elmina, Shah Alam pada petang Khamis.

Turut terkorban, Exco Kerajaan Negeri Pahang dan Ketua Umno Bahagian Bentong, Datuk Seri Johari Harun.