Restoran Biar Tikus Berkeliaran Di Kawasan Restoran Buat Pelanggan Kembang Tekak - “Aku Tak Akan Makan Sini Lagi Dah!”

Muhammad Firdaus
April 8, 2024 14:55 MYT

Isu restoran kotor bukanlah satu masalah yang baru sahaja diperkatakan.

Walaupun sering kali diambil tindakan, segelintir peniaga bersikap seakan-akan acuh tak acuh dengan kebersihan restoran yang membuatkan sesetengah pelanggan berasa kurang senang dengan makanan yang disediakan.

Tikus Berkeliaran Di Restoran

Begitulah sinonimnya dengan keadaan seorang pelanggan ini, apabila dirinya berkongsi keadaan kawasan sebuah restoran yang tidak mengendahkan kehadiran haiwan perosak seperti tikus.

Menerusi entri berdurasi satu minit yang dimuat naik di Platform X tersebut, pelanggan itu meluahkan rasa jijik apabila haiwan berkenaan berkeliaran secara bebas di kawasan restoran.
“Buat hal lah kedai ni ada tikus, macam ni je tikus. Korang kalau nak makan sini lagi tak payahlah, apa-apa pun korang hati-hati, aku tak akan makan sini lagi, percayalah,” luahnya.

Apa lagi jabatan kesihatan....gempurrrrr pic.twitter.com/VNr8Xws7ht

— MYNEWSHUB (@mynewshub) April 7, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Netizen Harap Tindakan Dikenakan

Tinjauan ke ruangan balas posting itu mendapati majoriti netizen berharap agar restoran berikut dikenakan tindakan selain ada juga yang menyuarakan kerisauan tentang permasalahan berkenaan.

“Kementerian Kesihatan Malaysia patut datang!”
“Pihak jabatan kesihatan kena ada jalan penyelesaian macam mana nak hapuskan tikus-tikus ni supaya tidak membiak,”
“Kalau terkena kencing tikus pinggan mangkuk tu, Allahuakbar, boleh bawa maut.”
Sekadar info, setakat artikel ini ditulis, posting itu meraih lebih 200,000 tontonan di Platform X.

BERITA TRENDING: Pakai Songkok Tapi Berseluar Pendek, Pekerja Restoran Cina Muslim Sekali Lagi Diserang Warganet

BERITA TRENDING: Dipecat Sebab Pakai Salib, Netizen Bengang Dengan Si ‘Kaki Viral’ - “Takkan Orang Bukan Islam Tak Boleh Kerja Restoran Halal”

Sumber: Platform X

#Viral #Netizen #Restoran #Tular #Kotor #Tikus #Jijik