Filem superhero Indonesia paling ditunggu-tunggu iaitu Gundala telah pun memulakan tayangannya hari ini.

Gundala merupakan adaptasi daripada karekter komik pertama di Indonesia karya Harya Hasmi Suraminata yang diterbitkan oleh Jagat Sinema pada tahun 1969. Yup 1969 guys!

Komik ini mendapat sambutan hebat oleh pencinta komik di Indonesia dan telah diterbitkan sebanyak 23 edisi sehingga tahun terakhirnya pada 1982.

Namun, karya itu telah diangkat menjadi satu naskhah filem yang besar terutamanya apabila Gundala merupakan watak pertama dalam Bumi Langit Universe, sama seperti Marvel menerusi Marvel Cinematic Universe (MCU).

Persoalannya, adakah filem ini bagus dan wajib ditonton? Gempak senaraikan apa yang kami suka dan apa kami kurang gemar.

#1 Jalan Cerita Agak Kompleks Tapi Masih Boleh ‘Dihadam’


Gundala mengisahkan mengenai Sancaka yang hidup di jalanan sejak kecil setelah ditinggalkan oleh ibu-bapanya.

Ketika keadaan semakin buruk, Sancaka perlu memilih untuk hanya melindungi dirinya sendiri atau bangkit menjadi pahlawan membantu mereka yang ditindas, tambahan pula Sancaka telah menerima satu kuasa selepas terbabit dalam satu tragedi.

Secara jujurnya, jalan cerita Gundala agak 'straight foward' yang mana muncul seorang supehero yang akan melawan pihak jahat.

Namun, jika anda tidak memberi perhatian penuh, anda mungkin akan terlepas plot penting dalam filem ini.

Disebabkan ia filem pertama, banyak watak perlu dikupas oleh pengarah, satu persatu. Latar belakang, kehidupan ketika kecil atau mengapa watak tersebut menjadi sebegitu semuanya diperjelaskan di dalam Gundala.

Malah, filem ini banyak bermain dengan isu masalah sosial serta masalah politik yang sangat dekat dengan kita.

Namun, bagi penulis ia bukanlah satu masalah jika anda cuba memahami satu persatu karakter dalam filem ini. Anda perlu berbuat demikian kerana terdapat banyak 'easter egg' atau hint untuk filem seterusnya.

Mungkin pengarah sengaja mengajak penonton gali sendiri info atau fakta watak tertentu. Contohnya, siapakah Awang apabila besar nanti.

#2 Perlakon Hebat Bukan Tangkap Muat



Melihat trailer awal saja, penulis sudah kagum dengan lakonan pelakon cilik, Muzakki Ramdhan.

Namun, selepas melihat filem ini pujian harus diberi kepada pengarahnya, Joko Anwar kerana bijak memberi 'spotlight' kepada kesemua pelakon tanpa menenggelamkan watak antara satu sama lain.

Paling kagum apabila hampir kesemua bintang dalam Gundala ini merupakan pelakon kelas A Indonesia.

Pelakon utamanya, Abimana Aryasatya juga amat 'cocok' dengan watak sancaka itu sendiri, lakonannya meyakinkan!

Lebih membanggakan, pelakon Malaysia Bront Palarae juga membintangi filem ini dengan membawa watak penting iaitu sebagai Pengkor.

Pengkor merupakan watak villain dalam filem ini dan dia amat digeruni oleh penduduk termasuk ahli politik. Lakonan Bront pula memang A!

Cuma mungkin solekan pada mukanya boleh diperbaiki supaya nampak lebih realisitik.

#3 Vibes Marvel & DC!



Tahukah anda bagi penghasilan kostum, filem ini bekerja sama dengan pereka kostum daripada Amerika Syarikat iaitu Quantum Creations FX yang telah menghasilkan kostum bagi filem terkenal seperti Dare Devil, Supergirl, The Hunger Games, Star Trek dan Iron Man?

Malah, visual effect bagi filem ini dihasilkan oleh Anibrain VFX, India yang terlibat dalam pembikinan filem Doctor Strange, Guardians of Galaxy Vol 2, Fantastic Beast dan banyak lagi.

Melihat pada kerjasama di atas, pastinya Gundala bukanlah filem yang calang-calang!

Apa yang pasti filem ini berjaya menampilkan 'vibes' superhero yang sangat kuat.

Apabila diterjemahkan dengan gaya agak 'dark' pada permulaan filem, penulis terus membayangkan Batman The Dark Knight Rises.

Malah, apabila munculnya watak baru pada penghujung filem, terus penulis terbayangkan Batman vs Superman yang mana ia menjadi kemunculan pertama bagi Wonder Woman. Anda kena tonton untuk tahu siapakah yang penulis maksudkan.

Jika anda peminat Marvel mahupun DC, anda pasti tiada masalah dengan Gundala.

Secara peribadinya penulis melihat Gundala sebagai permulaan bagi Bumi Langit Universe. Anda boleh lihat senarai superhero yang bakal dikeluarkan di bawah. Mind Blown!



Walaubagaimanapun, Gundala bukanlah satu karya sempurna.

Seperti dinyatakan tadi, filem ini sedikit 'dark' kerana banyak mengangkat masalah sosial dan politik, pastinya ia bukanlah 'everyone's cup of tea'.

Watak dalam filem ini juga ramai dan pengarah perlu membangunkan karakter satu persatu. Mungkin bagi sesetengah penonton awal filem ini akan sedikit 'draggy'.

Kesan khas pada solekan juga boleh ditambah baik untuk filem akan datang.

Apapun filem ini wajib ditonton untuk mereka yang mahu melihat watak supehero yang mewakili nusantara.

Banyak mesej-mesej tersirat yang diselitkan dalam dialog filem ini. Tamparan hebat buat mereka yang bergelumang dalam dunia politik.

Lakonan pelakon hebat dan sinematografinya juga sangat cantik!

Rating Gempak: 4/5