Gaya Hidup

[Review] Goosebumps & Ketawa Non Stop...BoBoiBoy Movie 2, Animasi Paling Power Setakat Ini!

gempak
Hanafis Haris
08/08/2019
07:36 MYT
Sponsor Banner
[Review] Goosebumps & Ketawa Non Stop...BoBoiBoy Movie 2, Animasi Paling Power Setakat Ini!
Mungkin ada yang sudah mula menonton filem BoBoiBoy Movie 2 (BBBM2) yang mula ditayangkan hari ini. Bagaimana? Best?
Namun, jika belum segeralah ke panggung wayang berdekatan kerana anda mungkin kerugian jika tidak melihat sendiri karya animasi terbaru terbitan Animonsta Studio ini.
Mengapa?
Banyak sebab sebenarnya anda perlu tonton, namun jika anda tertanya-tanya apakah yang hebat sangat tentang BBBM2 kali ini, ikuti ulasan penuh Gempak ini.

Grafik, Sinematografi & Skor Muzik Luar Biasa!

Secara jujurnya babak pembukaan filem ini saja sudah berjaya menangkap perhatian penonton khususnya dari aspek kualiti yang ditampilkan.
Babak 15 minit terawal saja sudah membuatkan penonton terpegun terutamanya melihat perkembangan grafik ditampilkan.
Wajah BoBoiBoy dan watak-watak dalam filem ini jauh lebih cantik berganda-ganda daripada filem pertama. Penataan cahaya, bayang, pergerakan animasi semuanya hampir sempurna!
Malah penghasilan grafik pada hidupan flora dan fauna pada planet yang ditampilkan dalam filem ini juga cantik. Seketul-seketul tekstur grafik kelihatan!
Jika anda mahu menyaksikan perbandingan yang lebih jelas, anda boleh menonton filem BBBM pertama di YouTube Animonsta.
Terus terang, kualiti BBBM2 kali ini membuatkan penulis bangga dengan apa yang dicapai industri animasi Malaysia sekarang, apatah lagi ia dihasilkan sepenuhnya oleh produksi tempatan.
Itu dari sudut pandangan mata, tidak cukup dengan itu BBBM2 sekali lagi membuatkan penulis teragak-agak adakah ini betul-betul produksi tempatan?
Efek bunyi dan skor muzik yang digunakan dari babak ke babak sangat ‘eargasm’.
Mungkin kedengaran agak keterlaluan, tapi ini pendapat penulis.
Kalau tak percaya anda boleh dengar saja efek bunyi dan skor muzik yang digunakan dalam trailer BoBoiBoy, boleh buat bulu roma meremang.
Inikan pula jika anda menontonnya di wayang, memang bergemalah.
Pendek kata, efek bunyi yang BBBM2 gunakan sangat mempunyai 'vibes' filem supehero. Sesekali teringat filem terbitan Marvel Studio.

Jalan Cerita Padat & Lebih Kompleks Tapi Masih Mudah ‘Dihadam’

Jika anda tidak pernah menonton mana-mana filem BBBM2 sebelum ini pun tiada masalah.
Ini kerana susunan filem ini dari babak ke babak boleh dikatakan agak kemas.
Walaupun elemen 'throwback' menjadikan filem ini sedikit padat, namun ia masih mudah 'dihadam' oleh penonton.
Plot filem ini juga tidak memeningkan kepala sebaliknya disusun dengan cantik sekali.
Ketika menonton filem ini juga penulis dapat melihat dua sisi penonton yang berbeza.
Sebelah kiri adalah penonton baru yang lebih kepada reaksi teruja kerana pertama kali diperkenalkan dengan watak yang pelbagai dalam BBBM2. Gelak tawa, geram semuanya terserlah dari reaksi penonton ini.
Sebelah kanan penulis pula adalah peminat siri BoBoiBoy yang lebih kepada sifat teruja dan ingin tahu apa yang ditampilkan pada filem terbaru ini. Sesekali terdengar jeritan dan tepukan dari peminat ini.
Pendek kata, tidak kira anda dari sisi yang mana, semua boleh layan filem BBBM2.

Skrip Kemas, Tak Meleret Dan Lawak Satu Keluarga

Gamat! Itu saja boleh penulis ungkapkan.
Jika lama tidak mendengar keriuhan gelak tawa penonton di panggung, maka inilah masanya.
Entah beberapa kali agaknya penulis mendengar penonton bersorak dan tepuk tangan.
Menariknya, skrip lawak dalam filem ini bersifat sangat universal.
Ada lawak moden dan tidak kurang juga lawak 'orang lama'. Kalau nak bawak datuk atau nenek layan BBBM2 pun tak ada masalah.
Lawak serta 'punchline' bagaikan tiada henti dalam filem ini.
Tidak hanya bergantung pada watak Papazola semata-mata, BBBM2 sebaliknya menampilkan watak kelakar yang pelbagai seperti Adu Du, Gopal serta anak kepada Papazola sendiri iaitu Pipizola.
Paling tak lupa, adalah lawak berbentuk sindiran tentang nama penuh Pipizola. Memang kena dengan gaya ibu bapa sekarang!

Supervillain Yang Lebih Menggerunkan

Dalam BBBM2 kali ini Retak'ka merupakan watak antagonis terbaru yang mendakwa dia adalah pengguna asal kuasa elemental kepunyaan BoBoiBoy.
Jangan terkejut sekiranya pertuturan Retak’ka sedikit klasik kerana dalam filem ini, ia merupakan watak lagenda yang telah lama wujud beratus-ratus tahun dahulu.
Jadi bayangkan bagaimana kekuatan legenda muncul untuk memburu dan merampas semua kuasanya dari BoBoiBoy.
Penulis melihat karakter Retak'ka ini sebagai satu cabaran paling epik buat BoBoiBoy. Geram, sedih, semuanya bercampur baur!

Penuh Kejutan Dan Plot Twist, Antara Kekuatan Filem Ini

Apa yang menjadikan filem berdurasi 1 jam 50 minit ini tidak bosan bukanlah hanya bergantung pada 'punchline' dan lawak semata-mata, namun jalan ceritanya yang penuh kejutan juga membuatkan penonton terbuai dengan BBBM2.
Jika anda lihat trailer rasmi di YouTube, itu hanya beberapa peratus saja.
Sebenarnya banyak yang disimpan oleh pihak Animonsta terutamanya...(anda tontonlah sendiri ya).
Namun, apa yang boleh kongsikan filem ini banyak memainkan plot twist yang tidak disangka.
Terdapat watak yang disimpan dan anda tidak akan tahu pun pemilik sebenar watak sehinggalah di akhir cerita. Menarik bukan?
Disebabkan banyak kejutan dan plot twist, maka penulis ambil kesempatan di sini supaya anda tidak mengeluarkan apa-apa 'spoiler' jika menonton filem ini bermula 8 Ogos.
Filem semaju ni tidak seharusnya dicemari dengan mentaliti lapuk sesetengah penonton.
Oh ya sebelum itu, jangan keluar panggung terlalu awal kerana filem BBBM2 ini terdapat 'post credit' yang seriously GEMPAK!
Jadi berapa rating Gempak?
Bagi filem BBBM2 ini, Gempak beri 4.5/5!
Karya terbaru Animonsta ini wajib ditonton kerana setakat ini, BBBM2 boleh dikatakan filem animasi terbaik pernah dihasilkan di Malaysia.
Apapun jangan lupa tonton BBBM2 yang telah mula ditayangkan hari ini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024