Rezeki Amir Ahnaf Dilamar Berlakon Di Indonesia - “Produksi Lamar Saya Untuk Filem Itu Sebab Miliki Wajah Jawa”
Pelakon Amir Ahnaf bersyukur kerana diberi peluang untuk membintangi sebuah filem seram Indinesia berjuduk ‘Terkutuk’.
Rezeki kembangkan bakat di Indonesia
Menganggap itu sebagai rezeki, Amir mendedahkan dirinya dilamar untuk filem tersebut disebabkan memiliki wajah seperti orang jawa.
Bagaimanapun Amir atau nama sebenarnya Muhammad Amir Ahnaf Mohd Khairudin, 25, mengakui tidak mudah untuk berlakon di negara seberang disebabkan perbezaan bahasa.
"Susah sebenarnya nak berlakon dekat Indonesia, sebab bahasa yang digunakan sedikit lain dengan kita. Saya diberi masa dua minggu untuk persiapan.
"Produksi lamar saya untuk filem itu sebab saya miliki wajah jawa. Sebab filem itu memang berlatar masyarakat jawa. Fun fact, nenek saya pun berasal dari jawa Indonesia,” ujarnya.
Mahu banyakkan portfolio
Dalam pada itu, disoal mengenai azam tahun 2025, Amir berkata dia ingin mengembangkan lagi bakat dalam dunia lakonan.
"Azam tahun 2025 saya untuk banyakkan lagi portfolia dalam lakonan baik menerusi filem mahupun drama.
"Kembangkan bakat dan cuba sesuatu yang baharu untuk diri. Saya juga akan keluar dengan sebuah naskhah berjudul ‘Bagau’.
"Dalam naskhah itu saya akan bercakap dalam dialek Terengganu, yang mana itu adalah bahasa pertama saya (mother tounge),” katanya.
ARTIKEL BERKAITAN: Fenomena Kahar: Kapla High Council Diteruskan Di Astro First, Masuk Pasaran Antarabangsa
Dalam perkembangan lain, filem Kahar: Kapla High Council yang menampilkan Amir sebagai teraju utama akan menemui penonton menerusi akses eksklusif di platform Astro First menerusi saluran Astro bermula 16 Januari dan peranti pilihan anda, sooka bermula 23 Januari depan.
Lebih mengujakan, filem terbitan Astro Shaw dengan kerjasama GSC, HM Entertainment dan ZAK Capital ini turut melangkah ke pasaran antarabangsa dan bakal ditayangkan di pawagam-pawagam Kemboja bermula 24 Januari 2025.