Anmum Essential membina IQ dan membentuk EQ. Anak korang menjadi hebat!

Rezeki Mencurah-Curah Lepas Cerai, Kesibukan Kerja Buat Badan Fattah Amin Susut - “Saya Tak Mahu Kecewakan…”

Umirah Halim
28/10/2024 03:55 MYT

Selepas bercerai dengan bekas isteri, Nur Fazura, pelakon Fattah Amin tidak henti meraih rezeki yang tidak terduga.

Anggap kerja satu tanggungjawab

Bersyukur dengan perkara itu, Fattah atau nama lengkapnya Abdul Fattah Mohd Amin, bagaimanapun menganggap kerja yang ditawarkan itu sebagai tanggungjawab yang harus dipenuhi dengan sebaiknya.

"Terima kasih kepada sokongan dan rezeki yang diberikan, saya sangat bersyukur.

"Saya anggap rezeki yang diberi ini merupakan satu tanggungjawab yang perlu dilunaskan sehabis baik.

"Saya tak mahu kecewakan pihak yang sudah beri kepercayaan kepada saya,” katanya ketika ditemui di Malam Kemuncak Anugerah Seri Angkasa (ASA2024) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada malam Sabtu.

Jadual kerja penuh

Malah, aktor berusia 34 tahun itu juga memaklumkan jadual kerjanya sudah penuh sehingga Februari tahun hadapan.

"Jadual saya sudah penuh, tapi tidaklah sehingga hujung tahun depan. Sampai bulan Februari 2025, alhamdulillah,” ujarnya lagi.

Ketika disoal mengenai pemilihan jenama dan produk yang ditawarkan, Fattah memberitahu dia amat menitiberatkan beberapa perkara tersmasuk komitmen yang dituntut sebelum bersetuju.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kita Tak Mahu Rakan-Rakan Bercerai” - Pekin Tak Kisah Dikecam, Posting Di Facebook Usaha Bantu Fattah & Fazura Baiki Hubungan

ARTIKEL BERKAITAN: Individu Ini Dedah Perangai Fattah Amin Waktu Kerja - “Setiap Kali Masuk Waktu Solat, Dia Orang Pertama Yang Minta…”

ARTIKEL BERKAITAN: Video Podcast Kembali Tular, Ramai Sebak Dengar Hasrat Fattah Amin - “Sekiranya Sudah Tiada… Saya Mahu Orang Kenal Saya Sebagai Muslim Yang Baik & Taat Perintah Allah”

ARTIKEL BERKAITAN: Rosyam Nor Buat Laporan Polis! Bakal Heret Individu Sebar Fitnah Kaitkan Namanya Dalam Isu Cerai Fattah-Fazura

"Tak terima semua tawaran, saya lihat terlebih dahulu jenama dan komitmen apa yang dimahukan.

"Saya cuba elak mengambil produk yang lebih kurang sama kerana tidak mahu timbul masalah dikemudian hari.

"Pihak pengurusan juga membantu dan amat menitikberatkan tentang pemilihan produk sebelum bersetuju ambil,” tambahnya.

Dalam pada itu, atas faktor kesibukan kerja, pelakon filem Pendekar Awang itu turut mengakui badannya sedikit susut.

"Nampak susut mungkin sebab kesibukan kerja juga, makan pun tak teratur sangat. Susut tak banyak, dalam dua ke tiga kilogram,” ujar Fattah.

Sementara itu, diminta mengulas mengenai pertemuan bersama anaknya, Nur Fatima Aisya baru-baru ini, Fattah meluahkan rasa syukur dapat meluangkan masa bersama puterinya.

"Dia gembira bila dapat jumpa daddy dia. Saya bawa dia jalan-jalan dan belikan permainan."

"Saya juga turut bawanya isi masa dengan ahli keluarga saya yang lain. Alhamdulillah, terubatlah kerinduan itu,” katanya lagi.

Nama pelakon filem Pendekar Awang: Darah Idera Gajah itu mula mendapat sorotoan sehingga digelar 'Duda Hot' selepas dia berpisah dengan aktres, Nur Fazura pada 7 Oktober lalu.

#Amin #Fattah #Berat Badan #Rezeki #Susut #mencurah
;