“Rezeki Nak Ke Makkah Secara Tak Disangka...”- Raf Yaakob Mengerjakan Umrah Bersama Mawar & Anak

Syafiqah Jalal
Februari 11, 2020 03:17 MYT
Pelakon Raf Yaakob berangkat ke tanah suci Makkah bagi mengerjakan umrah bersama isteri, Mawar Rashid serta membawa anak mereka Rayden Rafael.
Menurut Raf, umrah kali ini adalah rezeki yang tak dijangka untuknya sekeluarga.
Justeru, Raf berharap agar perjalanan umrahnya dipermudahkan.
“Rezeki nak ke Makkah untuk mengerjakan Umrah secara tidak disangka dan diduga. Alhamdulillah.
“Dikesempatan ini, Raf nak mintak maaf jikalau Raf ada tersalah kata dan laku kepada semua yang mengenali diri Raf.
“Ampun maaf ya semua. Doakan semoga perjalanan Raf, Mawar dan Rafael sepanjang di Makkah dipermudahkan hendaknya,” tulisnya.
Raf berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut dia memuat naik gambarnya bersama anak Rafael di dalam kapal terbang.
Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata mendoakan agar umrah mnya sekeluarga dipermudahkan.
Raf dan Mawar mendirikan rumah tangga pada 9 November 2017 dan dikurniakan dengan kehadiran Rafael pada 13 Mac tahun lalu.
Mawar turut mempunyai dua orang anak tiri, Rayyan, 8 dan Raysaa, 4, hasil perkahwinan Raf bersama bekas isteri.
#pelakon #Umrah #Pelakon #Mawar Rashid #Raf Yaakob