VIRAL

Rezeki Siti Jamumall! Vida Mahu Tanggung Kos Bersalin Sepenuhnya - “Ketika Ujian Datang Bertubi-Tubi…”

Asyikin Mayudin 13/07/2025 | 02:55 MYT
Rezeki pempengaruh sensasi, Siti Jamumall apabila usahawan terkenal iaitu Datuk Seri Vida mahu menanggung kos bersalin sepenuhnya.

Rezeki selepas bercerai

Tak dapat menahan sebak, Siti menerusi video yang dikongsikan di TikTok mengakui dia tidak menyangka akan dikurniakan rezeki itu selepas berdepan dengan ujian perceraian pada Mei lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Derita Emosi Lepas Cerai, Siti Jamumall Terpaksa Tipu Anak - “Dia Baru 6 Tahun, Kadang Pergi Sekolah Cikgu Tanya…”

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Dah Penat Hidup Dengan Suami NPD...” – Siti Jamumall

Video tersebut memaparkan dirinya bersama ibu tercinta dan Vida berkunjung ke sebuah hospital swasta yang bakal menjadi lokasi bersalinnya tidak lama lagi.

“Terfikir nanti beranak seorang diri, macam manalah kan tapi Allah hadirkan saya mama dan mama Vida. Ketika ujian datang bertubi-tubi, mama Vida hadir bagai pelindung.

“Pengorbanan mama bayarkan bil hospital ini, Siti takkan lupa sampai akhir nyawa. Terima kasih mama (Vida) sebab sediakan semua untuk Siti waktu bersalin nanti,” katanya.

Doa urusan dipermudah

Dalam pada itu, Vida atau nama penuhnya Hasmiza Othman memohon orang ramai untuk mendoakan agar segala urusan Siti dipermudah.

“Doakan Siti tau, insya-Allah dia dapat melahirkan dalam keadaan yang sihat dan selamat,” katanya.

Rata-rata netizen meluahkan rasa terharu melihat perkongsian Siti itu dan mendoakan agar segala urusannya ketika bersalin berjalan dengan lancar.

Selain itu, mereka juga memuji keprihatinan Vida dan mendoakan agar usahawan itu dimurahkan rezeki.

Terdahulu, Siti menjadi bualan apabila tularnya video rakaman sesi siaran langsung memaparkan dirinya diceraikan suami yang juga pempengaruh, Aiman Tak Kesah menerusi siaran langsung di TikTok.

Untuk rekod, Siti sebelum ini pernah berkahwin dengan Mohammad Syafiq pada 2019 namun bercerai selepas tiga tahun.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua anak lelaki, Putra Adam Rizki, 6, dan Putra Aiman Zafran, 4.

Siti kemudiannya bernikah dengan Aiman dalam majlis tertutup di Satun, Thailand pada Jun 2023.

undefined
#Vida #Ujian #Siti Jamumall #Kos bersalin