Hiburan

“Rezeki Teman…Udah 10 Minggu, Adui…” – Jamal Abdillah Bakal Dapat Baby Lagi!

Fiza Kamarudin
30/04/2020
15:16 MYT
Selepas dikurniakan anak perempuan pada 10 Oktober tahun lalu, penyanyi legenda Datuk Jamal Abdillah, 61, bakal dikurniakan cahaya mata lagi apabila isterinya, Datin Zai Izzati Khiruddin hamil anak kedua mereka.
Menurut Jamal yang berkongsi berita gembira itu menerusi aplikasi WhatsApp, isterinya kini hamil 10 minggu.
"Rezeki teman (saya). Udah (sudah) 10 minggu. Aduii," katanya menerusi WhatsApp. Jamal ketika dihubungi berkata, mereka sudah berjumpa doktor untuk pemeriksaan dan melakukan ujian imbasan apabila isterinya mengalami alahan serta tidak datang bulan.
"Pengesahan diterima dua hari lalu, tapi belum nampak jantina," katanya.
Jamal melangsungkan pernikahan dengan Zai Izzati pada 1 April 2017 dan memperolah cahaya mata perempuan, Nur Azura Yamani yang dilahirkan pada 10 Oktober tahun lalu.
Azura kini berusia tujuh bulan.
Jamal turut mempunyai dua orang anak lelaki hasil perkahwinan terdahulu, iaitu Osama Yamani, 18, dan Ahmad Zaki Yamani, 13. Sumber: Harian Metro Foto: Harian Metro, The Star
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Dekta Pernah Hilang Di KL, Shuib & Arwah Siti Sarah Panik - "Dalam Beberapa Saat Saja..."

gempak
25/07/2024
02:55 MYT
Menerusi perkongsian di Instagram (IG), anak kedua Shuib yang mesra dengan panggilan Dekta itu dikatakan hilang ketika masih kecil.
Berita

Penoreh Getah Mengaku Tak Bersalah Rog*l Anak Kandung

gempak
24/07/2024
06:49 MYT
Seorang penoreh getah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen pada Rabu, atas dua pertuduhan merogol anak perempuan kandungnya sejak 2019.
Hiburan

Didakwa Tidak Mempunyai Hubungan Baik, Ini Respons Bapa Zara Zya - “Saya Tak Pernah Pun Sekilas Ada Rasa Benci Pada Dia…”

gempak
22/07/2024
08:55 MYT
Bapa kepada pelakon Zara Zya iaitu Zainuddin memilih untuk tidak mengulas lanjut mengenai dakwaan dia tidak mempunyai hubungan yang baik dengan anak perempuannya itu.
Berita

Stroller Bayi Kembar Terjatuh Di Landasan Keretapi, Dua Maut! - "Tindakan Ayahnya Sangat Berani Walau Akhirnya ..."

gempak
22/07/2024
05:45 MYT
Seorang kanak-kanak dan bapanya terbunuh dirempuh keretapi apabila kereta sorong bayi yang dinaiki mangsa berusia dua tahun itu terjatuh di landasan stesen Carlton di selatan Sydney, pada Ahad.
Hiburan

Tak Mahu Ulas Tentang Isu Rumah Tangga, Mawar Rashid Mahu Fokus Besarkan Anak

gempak
21/07/2024
23:58 MYT
Pelakon Mawar Rashid, 29, tidak mahu membahaskan mengenai bekas suami, Raf Yaakob, 39, selepas berpisah pada November tahun lalu kerana bimbang timbul salah faham antara mereka berdua.