Ria Ricis Kena Ugut, Bayar RM87,000 Atau Foto & Video Aib Bersenam Di Gim Tersebar
Maliah Surip
11/06/2024 09:55 MYT
11/06/2024 09:55 MYT
Nama Ria Ricis kembali menuai perhatian peminat di Indonesia apabila dia membuat laporan polis kerana didakwa berdepan ugutan dari orang yang dikenali.
Ugutan tersebut mahu dilakukan dengan tujuan membuka aib janda anak satu itu kepada umum.
Bukan ugutan biasa, Ria juga diminta membayar sejumlah RM87,000 jika tidak mahu foto-foto lamanya disebarkan oleh individu yang namanya tidak mahu didedahkan.
“Foto dan video antaranya saya selfie tanpa tudung dan bersenam di gim dengan pakaian yang minima (tidak menutup aurat),” tulis Ria di Insta Story miliknya seperti dilaporkan Detik.com.
Saat ini Ria, 28, berharap agar kes yang sudah dilaporkan kepada pihak berkuasa akan segera selesai.
“Biar pihak polis lakukan kerja mereka. Saya sudah beri semua bukti. Saya harap kes ini akan diselidik dan selesai segera,” ujarnya lagi.
Ugutan tersebut mahu dilakukan dengan tujuan membuka aib janda anak satu itu kepada umum.
Bukan ugutan biasa, Ria juga diminta membayar sejumlah RM87,000 jika tidak mahu foto-foto lamanya disebarkan oleh individu yang namanya tidak mahu didedahkan.
Selfie tanpa tudung
Meski sempat tidak mendedahkan foto apa yang diugut untuk disebarkan sewaktu membuat laporan polis baru-baru ini, namun Ria dilihat telah memberitahu kepada netizen tentang masalah yang sedang menimpanya.“Foto dan video antaranya saya selfie tanpa tudung dan bersenam di gim dengan pakaian yang minima (tidak menutup aurat),” tulis Ria di Insta Story miliknya seperti dilaporkan Detik.com.
BERITA TRENDING: Ria Ricis Minta Pendapat Mahu Buang ‘Kantung Mata’, Netizen: “Baik Ganti Akhlak…”
BERITA TRENDING: Mahu Bekas Isteri Sedap Dipeluk Punca Teuku Ryan Kutuk Tubuh Ria Ricis
BERITA TRENDING: Kutuk Payudara Bekas Isteri ‘Rata’, Ria Ricis Mahu Masukkan Silikon Tarik Nafsu Teuku Ryan
BERITA TRENDING: Rasmi Bercerai Dengan Teuku Ryan, Hak Asuh Anak Jatuh Pada Ria Ricis
Menurut bekas isteri Teuku Ryan itu lagi, dia mengenal individu yang mengugut menyebarkan aibnya di media sosial.“Saya kenal dan kami memang punya hubungan baik dulu.
“Sebenarnya sewaktu beri keterangan kepada pihak berkuasa dan polis sempat menyebut ciri-ciri yang ada padanya, saya masih berfikiran positif.
“Saya fikir semula memang pernah beri telefon kepadanya. Ternyata telah disalah guna,” dedahnya lagi.