Hiburan
Mahu Bekas Isteri Sedap Dipeluk Punca Teuku Ryan Kutuk Tubuh Ria Ricis
Teuku Ryan akhirnya bersuara susulan tersebar dokumen mahkamah usai sah penceraian di antara dirinya dan Ria Ricis yang antaranya mengandungi dakwaan pelakon tersebut menghina bentuk tubuh bekas isteri sebagai terlalu kurus dan memiliki payudara ‘rata’.
Menerusi kenyataan yang diberikan di saluran Youtube miliknya, Teuku Ryan menafikan telah menghina bentuk tubuh wanita yang pernah menjadi isterinya selama tiga tahun itu.
Sebaliknya dia mendakwa sebagai seorang suami, wajar buatnya untuk menegur perubahan isteri sebagai tanda prihatin. Dia juga mengatakan tegurannya juga dibuat dalam keadaan bergurau.
“Saya pernah cakap isteri terlalu kurus. Ini adalah bentuk perhatian atau tanda peduli saya sebagai seorang suami yang melihat keadaan isteri yang mengalami penurunan berat badan secara mendadak," akui Teuku Ryan seperti dilaporkan Insertlive.
Sambungnya: “Dalam keadaan bergurau saya sempat meminta dia agar lebih berisi untuk lebih enak dipeluk. Itu hanya gurauan antara suami dan isteri tanpa ada maksud menghina.”BERITA TRENDING: Kutuk Payudara Bekas Isteri ‘Rata’, Ria Ricis Mahu Masukkan Silikon Tarik Nafsu Teuku Ryan
Berat badan isteri turun mendadak
Menurut lelaki yang berasal dari Aceh itu, dia prihatin melihat berat badan wanita yang dulu masih menjadi isterinya turun mendadak.“Ini kerana saya peduli terhadap istreri saya. Memang saya melihat keadaan isteri saya yang dia memang bekerja, dia sibuk menguruskan ini itu," tuturnya.
Maka dalam kenyataannya itu Teuku Ryan mengaku terkejut kerana kejadian tersebut menjadi salah satu alasan yang diberikan Ria Ricis kepada mahkamah untuk bercerai.
BERITA TRENDING: Rasmi Bercerai Dengan Teuku Ryan, Hak Asuh Anak Jatuh Pada Ria Ricis
Must-Watch Video