Ria Ricis Minta Pendapat Mahu Buang ‘Kantung Mata’, Netizen: “Baik Ganti Akhlak…”
Maliah Surip
14/05/2024 15:55 MYT
14/05/2024 15:55 MYT
Ria Ricis menuai kritikan dalam kalangan netizen selepas meminta pandangan untuk melakukan pembedahan plastik.
Buang kantung mata
Wanita yang baru memegang status janda selepas bercerai dengan Teuku Ryan itu berhasrat membuang ‘kantung mata’ atau kesan kehitaman di bawah mata.
“Saya mahu lakukan operasi buang lemak di kantung mata.
“Saya mahu lakukan operasi buang lemak di kantung mata.
“Bagaimana pendapat kalian? Saya takut tapi lebam di bawah mata ini sudah sangat menganggu,” tulisnya pada foto close up diri yang dikongsi di Instagram miliknya seperti dilaporkan Viva.co.id.
Netizen
Bukan mendapat cadangan sebaliknya ramai netizen terkejut dengan tindakan pelakon dan YouTuber satu anak itu untuk melakukan pembedahan plastik.
Malah ada yang mengingatkan dirinya tentang hukum sementelah Ria merupakan adik kepada pendakwah terkenal, Oki Setiana Dewi.
Malah ada yang mengingatkan dirinya tentang hukum sementelah Ria merupakan adik kepada pendakwah terkenal, Oki Setiana Dewi.
“Lebih baik ganti akhlak dari ganti muka,” tulis seorang netizen.
“Saya bingung. Anda adik ustazah tapi punya niat buat implan dan pembedahan plastik. Anda tidak fikir imej kakak anda sebagai ustazah?”tanya yang lain.