,
Hiburan

Riena Diana Ingin Penggiat Seni Kembali Bekerja, "Nak Tunggu Covid-19 Bebas Sepenuhnya Memang Mustahil ..."

Zulaikha Yusof
15/05/2020
10:00 MYT
Pelakon Riena Diana bersetuju sekiranya penggiat seni diberi kebenaran untuk meneruskan penggambaran yang tertangguh disebabkan Covid-19.
Ketika dihubungi Gempak, Riena menyatakan sekiranya orang lain boleh bekerja mengikut Tatacara Operasi Standard (SOP), penggiat seni juga boleh melakukan yang sama.
"Sejujurnya kalau kita nak tunggu Covid-19 bebas sepenuhnya memang mustahil. Dia sentiasa akan ada kalau kita leka.
"Saya rasa penggiat seni dah boleh kembali bekerja juga. Sebab orang lain pun dah kerja, macam orang yang bekerja dekat pejabat mesti ada bergaul sesama mereka.
"Jadi apa beza dengan orang yang melakukan penggambaran? Kita ikut SOP yang kerajaan telah tetapkan.
"Contohnya kita susun jadual untuk krew dan pelakon yang terlibat bagi mengelakkan dari berkumpul ramai. Kalau dari tenaga kerja mungkin kita kena kerja lebih tapi apa salahnya asalkan berjalan macam biasa.
"Semua ini berbalik dengan diri kita. Kalau sama-sama patuh dengan SOP, semuanya akan seperti biasa," katanya.
Dalam pada itu, pemilik nama Nur Qamarina Diana Zulreal akui wang simpanan makin hari makin susut.
"Saya terkesan juga masa Covid-19 ini tapi alhamdulillah simpanan itu masih ada. Setakat untuk kehidupan harian insya-Allah cukup.
"Saya tidak ada komitmen bulanan dengan bank memandangkan kereta yang dipakai sekarang sudah habis dibayar. Rumah pun tak perlu dibayar," katanya lagi.
Terdahulu, Presiden Persatuan Filem Malaysia (FDAM), Dr. Ahmad Ibrahim memohon agar kerajaan meluluskan permohonan untuk penggiat seni kembali bekerja.
BACA: "Kami Penggiat Seni Nak Shooting Minggu Ini, Dapur Dah Tak Berasap" - Mat London Rayu Kelulusan Kerajaan Untuk Kembali Bekerja
BACA: "Bukan Mahu Menagih Simpati Atau Meminta Lebih Dari Yang Sepatutnya .." - Diana Danielle Dedah Kehidupan Sebenar Anak Seni
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Mahu Elak Penyakit Ain, Riena Diana Kurangkan Perkongsian Bersama Keith Foo - “Saya Tahu Keadaan Mental…”

gempak
17/10/2024
03:55 MYT
Pelakon Riena Diana mengakui dia kini mengambil pendekatan untuk mengurangkan perkongsian di laman sosial bersama kekasih hati yang juga aktor Keith Foo.
Hiburan

Rujuk Riena Diana Hal Agama, Keith Foo Seronok Bersedekah & Dengar Ceramah Untuk Ilmu Baharu - “Saya Tanya Dia Apa Yang…”

gempak
11/10/2024
21:55 MYT
Pelakon Keith Foo mengakui dia sering mendengar ceramah agama untuk menambahkan ilmu baharu sejak menjalinkan hubungan cinta dengan aktres Riena Diana.
Hiburan

Hadiah IPhone Penuh Bermakna, Riena Diana Siap Letak Foto Bersama Keith Foo Sebagai ‘Wallpaper’ - “Dia Memang Selalu Cakap…”

gempak
09/10/2024
08:25 MYT
Pelakon Riena Diana memberitahu dia tidak menyangkakan aktor Keith Foo yang juga teman istimewanya itu menghadiahkan sebuah telefon bimbit jenama iPhone 16 Pro Max baru-baru ini.
Hiburan

Bangga Dengan Pencapaian Teman Wanita, Keith Foo Hadiahkan Riena Diana iPhone 16 Pro Max

gempak
05/10/2024
15:55 MYT
Pelakon Riena Diana berkongsi detik gembira dirinya menerima sebuah telefon pintar daripada teman lelakinya, Keith Foo.
Hiburan

Riena Diana Kagum Keith Foo Berusaha Dalami Agama Islam - “Kakak Dan Abang Dia Juga Mualaf”

gempak
24/09/2024
14:55 MYT
Pelakon Riena Diana memaklumkan teman lelakinya yang juga pelakon, Keith Foo terbuka untuk mendalami tentang agama Islam.
BorakSeeni