BIG STAGE ALPHA
Rina Rose Sakit, Elly Mazlein Sempat Usik Hael Husaini Nyanyi Lagu ‘Di Pintu Syurga’ Antara Momen Minggu Kedua BSA
Konsert Big Stage Alpha (BSA) di minggu kedua bersiaran secara langsung di Shah Alam Royal Theater pada Ahad malam sememangnya meriah dan penuh sorakan penonton.
Dengan tema Rizz and Shine, minggu kedua menyaksikan pelbagai momen menarik yang berjaya mencuri tumpuan ramai.
Jom kami kongsikan momen yang berjaya mencuri perhatian ramai ketika berlangsungnya konsert minggu kedua BSA.
1. Akim Ahmad dan Ajai dijemput sebagai juri jemputan serta melakukan persembahan pembukaan konsert minggu kedua dengan membawakan lagu Datin Alyah, iaitu Tak Mungkin Kerna Sayang dan Inilah Cinta.
2. Tidak kurang juga juri tetap BSA, Datuk Syafinaz juga berjaya memukau penonton dengan nyanyian lagu hitnya Ingin Bersamamu. Suaranya yang merdu membuatkan semua penonton turut menyanyi bersama.
3. Tidak ketinggalan, pengacara Elly Mazlein sempat mengusik Hael Husaini dengan menyanyikan lagu Di Pintu Syurga nyanyian Dayang Nurfaizah berjaya raih perhatian penonton.
4. Di sebalik kemeriahan yang berlaku pada minggu kedua ini, pengacara bersama Rina Nose tidak dapat hadir kerana pengacara itu kurang sihat.
5. Bintang BSA Aeril Fesol juga mencuri perhatian apabila sempat melakukan sketsa muzikal bersama Elly Mazlein selepas tamat persembahannya. Lebih menarik, bintang itu menyebut pengacara itu sebagai ‘sayang’ membuatkan suasana bertambah meriah.
6. Konsert di minggu yang kedua ini juga menyaksikan dua bintang Big Stage Alpha iaitu Ashmirul dan Qarl-G tersingkir.
Jadi, itulah antara momen yang berlaku sepanjang konsert minggu kedua ini berlangsung.
Bagaimanapun, dengan bertemakan Revibe pada minggu ketiga, para peserta dan penonton teruja untuk melihat persembahan tersebut pada minggu hadapan.
Big Stage Alpha yang dihoskan oleh Elly Mazlein dan Rina Nose bersiaran secara langsung dari Shah Alam Royal Theater selama lapan minggu Big Stage Alpha pada setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria (Saluran 104) dan turut distrim melalui Astro GO dan sooka.
Saksikan melalui Astro Ria, Astro GO, Astro Gempak dan sooka. Langgan Pek Astro One dengan hanya RM49.99/sebulan.
Strim Senang Hati, Hiburan Tanpa Henti Untuk Seisi Keluarga.
Tingkatkan pengalaman penstriman dengan menaik taraf ke Astro Fibre 500Mbps beserta Pek Hiburan dengan hanya RM139.99/sebulan.
Untuk melanggan atau menaik taraf ke Astro One, layari www.astro.com.my atau WhatsApp ke 03-9543 3838.