"Rindu Lorong Nak Pergi Sekolah Masa Muda-Muda Dulu" - Kongsi Kesusahan Nak Ke Sekolah, Mark Adam Buat Netizen Sebak

Rozaimi Zubaidi
Januari 2, 2019 04:42 MYT
Penyanyi dan pelakon Mark Adam berkongsi kisah kehidupannya sejak kecil ketika hendak pergi ke sekolah.
Menerusi entri di INstagram (IG), Mark berkongsi sepotong video kesukaran perjalannnya untuk ke sekolah dengan melalui beberapa lorong sempit sebelum sampai ke sekolah.
"Rindu lorong nak pergi sekolah masa muda-muda dulu," tulisnya ringkas.
Rata-rata memuji kecekalan Mark dalam menempuhi dugaan hidup untuk terus belajar sehingga berjaya pada tahap sekarang.
"@ct_iti: Ya Allah struggle @markadam1079 nak pergi sekolah. Mesti penat."
"@missliana111: Lorong ni la yang menjadikan Mark Adam, Mark Adam yang sekarang."
"@irah_waidah: Kesusahan banyak mengajar erti kehidupan agar lebih menghargai dan jangan sesekali lupa diri asal usul."
"@x_muhdhisham_x: Tiada siapa yang sangka antara penyanyi berjaya dahulu pernah ke sekolah di lorong macam ini tapi tengoklah mark adam sekarang."
"@zara13163: Proud dengan you. Always humble. Now mark dah berjaya."
#pelakon #Penyanyi #Mark Adam #Pelakon #Penyanyi