Laman Utama
“Rindu Sampai Sorok Air Mata”- 55 Hari Berpisah Dengan Keluarga, Ebit Lew Tak Sabar Nak Balik Rumah!
Pendakwah bebas serta dermawan yang disegani, Ebit Lew akui merindui keluarganya selepas 55 hari berjauhan demi misi bantuan kemanusiaan di Palestin.
Ebit Lew berkata dia bakal berjumpa dengan keluarga selepas tamat kuarantin dalam masa 2 hari lagi selepas ketiga-tiga ujian calitan atau swab Covid-19 menunjukkan keputusan negatif.
“Doakan ya. 55 hari berjauhan dengan keluarga. Hari ke 12 di kuarantin. Lagi 2 hari. Test covid syukur negatif. Ujian kali ke 3..1st sebelum fly balik..2nd sampai klia..3rd hari ke 10... Semuanya negatif..jom balik
“Rindunya pada keluarga. Rindu pada bapak. Rindu sangat pada bidadari. Rindu teramat pada anak-anak. Rindu sehingga terpaksa sorok air mata dan sebak masa video call keluarga. Simpan semua rasa dalam-dalam. Cuma senyum ketawa.
“I love you bidadariku. I love you Safiyyah, Rayyan,Qadeejah,Uqashah,” katanya.
Ebit berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut Ebit memuat naik rakaman video sewaku sekumpulan ahli medik datang ke hotel tempat dia dikuarantin untuk membuat ujian swab.
Meskipun rindu pada keluarga, Ebit dalam masa yang sama akui tidak sabar untuk terus berbakti dan menyalurkan bantuan kepada rakyat Malaysia yang memerlukan.
“Rindu berbakti di Malaysia tercinta. Meneruskan perjuangan. Setiap hari mendengar berita hati rasa resah. Tak sabar nak bantu. Sebahagian bantuan sedang berjalan oleh team di seluruh Malaysia.
“Ya Allah terimalah. Hanya RedhaMu yang kami harapkan. Jadikanlah sedikit usaha ini asbab kebaikan,” luahnya lagi.
Must-Watch Video