Kepada mereka yang gemarkan aksi pelakon Nasir Bilal Khan yang membawa watak sebagai Tok Adi dalam drama bersiri Tanah Kubur, pastinya rasa rindu itu akan terubat esok!

Yes, Tanah Kubur is back!

Sebuah drama siri yang pernah menjadi fenomena suatu masa dahulu kita dijadikan telefilem khas berjudul Tanah Kubur yang bakal bersiaran di Astro Citra.

Menggabungkan pelakon-pelakon veteran bersama orang baru, Tanah Kubur masih mengekalkan konsep kifarah pada dosa yang dilakukan sewaktu sakaratulmaut.

Kali ini, ia mengangkat isu pengusaha pusat penjagaan kanak-kanak yang kejam dan tidak bertanggungjawab sehingga mengakibatkan kematian.

Telefilem ini mengisahkan Tok Adi yang dipertemukan dengan seorang remaja lelaki yang dalam keadaan resah dan berdendam.

Special teaser telemovie #TanahKubur kali ini mengangkat isu pusat jagaan kanak-kanak yang kejam. Apakah nasib para pendosa itu nanti? Kita tunggu Sabtu ini! Cik Bam x sabar dah ni. . Telemovie #TanahKubur Sabtu, 9 Malam Citra HD (108) & Citra SD (128) Arahan : @rashidsibir Lakonan hebat @nasirbilankhan171960 @ayieelhamf88 @ladydidiemsia @lizza_abdullah @azri.iskandar_official @hamidahwahab56 & @shahrolnzam #citraexclusive #astrocitra #tanahkubur

A post shared by BamBamStudios (@bambam_studios) on


Kehadiran Farid dapat membantu Tok Adi merungkai misteri pasangan pengusaha pusat jagaan kanak-kanak yang disanjung kerana baik budinya dan pemurah namun jatuh sakit secara serentak.

Farid adalah salah seorang saksi mata dan mangsa segala kejahatan kedua-dua pengusaha pusat penjagaan kanak-kanak yang pernah didiaminya sewaktu kecil dahulu.

Jangan lupa saksikan Nasir Bilal Khan, Ayie Elham Floor 88, Hamidah Wahab, Didie Alias, Liza Abdullah, Azri Iskandar, Sharonizam dan ramai lagi dalam telefilem Tanah Kubur!

Jangan lupa saksikan Tanah Kubur esok (Sabtu), 22 Ogos 2020, jam 9 malam di Astro Citra (108) dan Citra HD (128).