Kumpulan rock popular sekitar 2000-an, My Chemical Romance (MCR) dikatakan bakal bergabung kembali untuk menghiburkan peminat-peminat mereka.

Berita itu dikongsi oleh Joe Jonas menerusi satu temubual bersama KISS FM Breakfast Show apabila dia terlepas cakap tentang berita itu.

Sebelum ini juga, penganjur The Warped Tour, Kevin Lyman berhasrat untuk membawa MCR untuk membuat persembahan bersempena ulang tahun ke-25 The Warped Tour.

Walaubagaimana pun, masih belum ada pengumuman rasmi dibuat oleh ahli-ahli MCR mahupun syarikat pengurusan mereka.

MCR dianggotai oleh Gerard Way selaku vokalis, Ray Toro sebagai pemain gitar, Mikey Way sebagai pemain bass, Bob Bryar sebagai pemain drum dan James Dewees sebagai pemain keyboard.

Antara lagu-lagu popular MCR yang mendominasi peminat-peminat seluruh dunia antaranya Helena, Welcome to the Black Parade, Ghost of You, Teenagers, I Don’t Love You dan banyak lagi.

MCR berpecah pada tahun 2013 dan ahli-ahli kumpulan itu membawa haluan masing-masing.