Pelawak dah juara Muzikal Lawak Superstar 2, Danial Zaini juga tidak ketinggalan turun padang bagi memberikan bantuan kepada mereka yang terkesan sepanjang perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 (PKP).

Menurut Danial, dia berasa risau memikirkan keadaan mereka yang berada dalam kesusahan sehingga ada diantara mereka terpaksa mengikat perut kerana kekurangan bekalan makanan akibat putus sumber rezeki.

“Hari-hari dok fikir sejak PKP ni mesti ada ramai yang ikat perut, tak makan, beras habis semua. Saya dapat banyak sangat DM yang minta bantuan.

“Saya minta maaf sangat-sangat tak dapat penuhi permintaan semua. Saya dan @perutubuhangenerasimuafakatmy bantu takat mana kami boleh tolong. InsyaAllah,” tulisnya.

A post shared by Danial Zaini (@danialzain1)

Menerusi coretan yang sama, Danial juga menjelaskan dia menjalankan misi bantuan tersebut bukan kerana publisiti sebaliknya ikhlas untuk membantu yang memerlukan.

“Bukan saya nak kejar publisiti nak bagitahu sana sini saya bagi bantuan. Tidak, seboleh-bolehnya kita nak buat dengan ikhlas sebab Allah.

“Cuma saya tak mampu nak bantu yang tinggal jauh-jauh risau ada yang masih ada dikalangan kita yang tak makan berminggu-minggu minum air paip je.

“Tapi tak ada siapa tahu. Segan nak naikkan bendera putih. Saya minta tolong pada semua, sila tengok-tengokkan jiran di kawasan masing-masing.

“Kalau ada yang tak makan, bil air kena potong dan sebagainya harap sangat bantu mereka atau tolong beritahu saya dan @pertubuhangenerasimuafakatmy.

“InsyaAllah kami akan bantu dan tolong termampu kami. Kalau ada rumah yang terputus bekalan makanan boleh DM saya terus atau whatsapp 0106536464,” jelasnya.

Selain Danial, selebriti lain yang turut menyokong kempen bendera putih adalah Altimet, Mimi Lana, Syafie Naswip dan Zara Zya.