Nampaknya, persoalan netizen mengenai punca kejadian buli yang berlaku baru-baru ini telah terjawab.
Menurut Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid, kejadian buli yang membabitkan pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRS) Sultan Azlan Shah itu berpunca apabila mangsa buli menegur rakannya agar tidak menonton video lucah.
Hasil siasatan pihak polis mendapati, mangsa yang berusia 13 tahun menasihati suspek supaya tidak menonton video lucah menerusi telefon bimbit.
“Mangsa juga dikatakan akan mengadukan hal itu kepada guru atau warden jika suspek terus menonton
“Dikatakan perkara itu telah menjadi punca bahawa mangsa telah dipukul kerana suspek yang berusia 15 tahun telah marah akan teguran itu. Suspek itu kemudian mengarahkan enam rakannya untuk mengepung sebelum mangsa ditumbuk dan juga ditendang,” katanya kepada Awani.
Meninjau komen-komen netizen di laman sosial, rata-rata melahirkan rasa bimbang terhadap punca sebenar kejadian tersebut berlaku.
“Mereka itu berusia 13 tahun kan? Betulkan saya kalau saya salah. Tetapi saya terkejut dan risau dengan generasi akan datang.
“Menonton pornografi merupakan satu kesalahan tetapi bila berusia 13 tahun lagi teruk,” luah seorang netizen
“Budak lelaki berkumpul tengok porn je ke? Omg tak tahu malu!” tulis seorang pengguna Twitter.
“Tulah tengok benda tak elok, otak dah kotor tu jadi macamtu,” ulas seorang wargamaya.
Dalam perkembangan lain, Jawatankuasa Disiplin Bahagian Pendidikan Menengah Mara menamatkan pengajian 10 pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuala Kangsar yang dikenal pasti terlibat dalam kes buli yang tular baru-baru ini.
Menurut Ketua Pengarah Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Azhar Abdul Manaf, mesyuarat JDM telah mengkaji kes tersebut dengan teliti dan mengambil keputusan menamatkan pengajian pelajar terbabit berkuat kuasa hari ini.
Izwan Isa
Wed Dec 15 2021


Azhan Rani Mohon Maaf Tersilap Balas Komen Peminat - “Tiada Langsung Sekelumit Niat Untuk Mempersenda”
Azhan tak sengaja la...

Umur 92 Tahun, Rupert Murdoch Bakal Kahwin Kali Kelima
Kalau dah jodoh kan.

Mafia Ugut, Mengaku Hidup Didedikasikan Untuk Bunuh Salman Khan
Takutnya, semoga Salman dilindungi.

“Pihak Sana Masih Dalam Siasatan Atas Kesalahan Persetubuhan Luar Nikah” - Puteri Sarah
Puteri Sarah jawab dakwaan Syamsul.

Syamsul Yusof Dakwa Puteri Sarah Curang Dengan Bekas Kekasih Berstatus Suami Orang
Syamsul failkan permohonan nusyuz.

Ucapan Pertama Bruce Willis Selepas Didiagnos Nyanyuk
Semoga semuanya baik-baik sahaja.

"Boleh Jumpa Anak, Cuma Jangan Jumpa Saya" - Nurul Shuhada
Doakan terbaik

“Saya bangga, Tak Kisah Nak Panggil Ayam” – Naim Daniel Ucap Terima Kasih, Watak Dalam High Council Dihargai
Naim Daniel jadi Ayam memang best!

“Semalam Sekolah, Hari Ini Nikah” - Remaja Perempuan Bergelar Isteri Sehari Selepas Tamat SPM
Jodoh awal

Lapangan Terbang Huru Hara, Penumpang Bawa Pulang Siput Ba*i Gergasi Untuk Dimakan
Aduh nervous betul bila jadi macam ni.