Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

#RISEandUNITE: Goosebumps! 31 Anak Seni Bersajak, Menyanyi & Berikrar Sempena Hari Merdeka!

Amri Hassan
31/08/2021 03:06 MYT
#RISEandUNITE, Bangkit dan Bersatu merupakan satu kempen bertujuan untuk menyemarakkan semangat kemerdekaan serta sinar ke dalam jiwa rakyat Malaysia.

Kempen ini juga adalah untuk memupuk rakyat agar bangkit untuk membela dan mengejar kejayaan, bersatu tanpa mengira bangsa kita, darah kita, Adam mahupun Hawa.

Ini adalah untuk mencapai ketingkatan diversiti dan keharmonian yang lebih baik, demi negara tercinta.

Mike Manicka bersama Asmidar yang muncul dengan idea dan konsep kretif menggabungkan 31 anak anak seni untuk mendedikasikan rasa cinta kepada negara semperna Hari Merdeka ke 64 dan juga Hari Malaysia.

"Saya tahu video ini tidak sempurna, tapi ketidak sempurnaan itulah yang menyatukan kita dan ia juga memberi peluang kepada wajah-wajah pentas yang jarang dilihat di kaca televisyen," kata Mike Manicka.

Sementara itu, tambah Asmidar; "Projek ini mungkin kecil, akan tetapi projek inilah yang menyatukan anak-anak seni dari pelbagai bidang tanpa mengenal warna kulit kerana seni tiada sempadan."

Melalui gabungan bacaan sajak ‘Erti Kemerdekaan’, lagu patriotik ‘Malaysia Tanah Airku’ dan juga bacaan ikrar, video dengan durasi 6 minit 18 saat ini menyuntik semangat patriotik dalam suasana sayu.

Selain Fauziah Nawi yang mendeklamasi sajak pada pembukaan, Asmidar, Rio Siwas, Melissa Ong, Nave Vj, Fiza Thomas, Brian Chan, Nadia Aqilah, Kayilainaathar, Bihzhu, Fitri Hiswady, Pavy, Anding Indrawani, Ku, Hans Shahredza, Lilo Lillove, , Elvira Arul, Alesia Dhana turut menyumbangkan suara dalam lagu Malaysia Tanah Airku rendisi baharu.

Manakala Karl Shafek, Nasz Sally, Ah Chai, Yusof Hashim, Farah Ahmad, Faez Malek, Prem Sagar Krishnan, Sri Idrina, Akmal Ahmad, Lavinya KC, Naque Ariffin, Chopie Cakap, Mei Fan dan Amandus Paul telah menyampaikan bacaan ikrar.

Muzik lagu Malaysia Tanah Airku telah digubah semula oleh penyanyi dan juga penerbit muzik Damian Mihkail dan Harith Augustin.

"Saya suka dengan video ini, saya tonton berulang kali dan meremang bulu roma saya. Saya rasa sedih pada masa yang sama rasa bangga kerana dapat berkerjasama dengan anak anak muda dalam projek ini," kata Fauziah Nawi.

Kempen ini juga merupakan satu tanggungjawab sosial sesama anak anak seni dalam terus memupuk rasa cintakan negara melalui pendekatan di media sosial.

A post shared by Fauziah Nawi (@fauziahnawi)


#pelakon #Penyanyi #Viral #Asmidar #Karl Shafek #Video #Fauziah Nawi #Sajak #Malaysia Tanah Airku #Rise and Unite
;