Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Risteena Dedah Terima Mesej Lucah, Siap Sanggup Nak ‘Up’ Lagi Bayaran Demi Nafsu! - “Nak Ajak Video Call, Teman ‘Ehem-Ehem’ Tapi…”

Asyikin Mayudin
18/09/2024 01:55 MYT
Pelakon Nur Risteena mendedahkan paparan skrin mesej yang diterima daripada individu di Instagram mengajaknya membuat panggilan video lucah.

Jadi peneman

Menerusi paparan skrin yang dikongsikan di Instastory, individu itu menawarkan wang sebanyak RM3,000 kepada Risteena untuk menemaninya melakukan hal yang tidak senonoh menerusi panggilan video.

“Saya nak tawarkan sesuatu, tapi benda kurang baik la. Nak ajak video call sebenarnya, teman ‘ehem-ehem’, tapi cuma tengok sahaja bukan buat sekali.

“Saya bayar RM3,000 untuk sekali panggilan video. Tapi ini rahsia antara kita,” tulis di mesej tersebut.

Tak putus asa

Biarpun kakak kepada pelakon Ruhainies ini sudah menolak tawaran tersebut namun individu tersebut dilihat tetap tidak berputus asa malah terus mencuba dengan menaikkan harga.

“Serius ni, saya naikkan RM7,000. Cuma tengok sahaja. RM10,000,” katanya.

Pada perkongsian yang lain, pelakon berusia 34 tahun itu turut mendedahkan sudah banyak kali dia menerima mesej berbaur lucah seperti itu.

“Banyak kali dapat mesej lucah, pelik-pelik daripada orang yang berbeza. Sudah akhir zaman ini, ingat Allah ya,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Bella Astillah & Risteena Munim Bergambar Atas Satu Pentas, Reaksi Puteri Sarah Pula Yang Dapat Perhatian Netizen - "Muka Sarah Tak Cover Langsung"

ARTIKEL BERKAITAN: Rancak Guna L U S M Di Instagram, Netizen Kecam Ruhainies Adik-Beradik: “Ini Yang Korang Nak Percaya Permohonan Maaf...”

ARTIKEL BERKAITAN: “Siapa Kita Untuk Menghukum Mereka” - Risteena Tunjuk Bukti Mesej Dengan Ruhainies, Jawi Bukan Sampai Jam 3 Pagi

ARTIKEL BERKAITAN: Isu Ruhainies & Aliff Aziz, Akhirnya Risteena Buka Mulut

#Ruhainies #Risteena #Mesej Lucah #Nur Risteena #Panggilan Video Lucah