Risteena Munim Dah Fitting Baju Kahwin, Siapa Bakal Suami?

ZULHILMI JALIL
November 8, 2019 00:24 MYT
Pelakon Risteena Munim memberi bayangan bakal mengakhiri zaman bujangnya dalam masa terdekat selepas berkongsi sebuah video di Instagram yang memaparkan dirinya sedang menggayakan busana perkahwinan.
Risteena atau nama sebenarnya, Nur Risteena Munim Zainul Ilyas, 30, turut memberitahu pengikutnya dia kini sedang menghitung hari menuju ke hari bahagia.
"Selesai fitting. Menghitung hari. Hari bahagia adalah impian setiap wanita. Tetapi kebahagiaan saya bermula setelah awak datang dan mengisi hari-hari saya.
"Terima kasih, Cinta. Awak selalu cuba untuk tidak sakitkan hati saya, tak boleh tengok saya sedih dan nangis. Kalau saya nangis, awak akan susah hati. Jadi, jangan buat saya sedih okay? Jauh lagi perjalanan kita. Jadilah orang yang sama sampai bila-bila.
"Saya bersedia menjalani hari-hari saya bersama awak. Suka duka bersama awak. Dengan izin Allah, kita mulakan dengan bismillah," tulisnya di ruangan kapsyen.
Begitupun, kakak kepada pelakon Ruhainies itu tidak mendedahkan identiti gerangan lelaki yang dimaksudkan sebagai bakal pasangan hidupnya itu.
Lebih menjadi tanda tanya apabila pada bulan lalu, timbul dakwaan mengatakan hubungan cinta yang dibina dengan ahli perniagaan, Ikhwan Khairudin selama tujuh tahun difahamkan sudah putus di tengah jalan.
Pelakon filem Hantu Wangan itu kemudian dikaitkan dengan pelakon kacak Isa Khan apabila mereka dikatakan sering menghabiskan masa bersama.
BACA: Cinta 7 Tahun Risteena Didakwa Terlerai, Kini Dikatakan Sedang Bercinta Dengan Isa Khan?
Bagaimanapun, sehingga kini, Risteena masih mengunci mulut berhubung dakwaan tersebut.
Begitupun, ketika meninjau di ruangan komen, netizen sudah mula membanjiri dengan ucapan tahniah buat dirinya dan Isa.
Dakwaan Risteena bakal kahwin dalam masa terdekat dikuatkan lagi apabila November merupakan bulan sambutan ulang tahun kelahirannya.
Apapun, sama-sama kita tunggu pengumuman rasmi daripada Risteena.
#pelakon #Pelakon #Isa Khan #Risteena Munim