Rita Rudaini Bengang Tajuk Artikel Petik 'Anak Legenda JDT' - “Aku Penat Bela Dari Kecil, Legenda? Celah Mana?”
Khairil Khusyairi
02/09/2024 08:55 MYT
02/09/2024 08:55 MYT
Pelakon Rita Rudaini meluahkan rasa bengang apabila sebuah portal menggunakan tajuk ‘Anak Legenda JDT’ mengenai pencapaian anak sulungnya, Airit Rayyan Rizqin di Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Selangor (MSSS) 2024, baru-baru ini.
Portal Petik 'Anak Legenda JDT'
Menerusi perkongsian di Instagram, Rita mempersoalkan portal tersebut yang menggunakan tajuk tersebut bagi berita mengenai anak lelakinya itu.“Aku penat bela dari kecil, tiba-tiba tajuk ‘anak legenda JDT’. Kepala otak hang!
“Saja nak viral cara jahat,” tulis Rita bengang.
Legenda Celah Mana?
Malah, pelakon filem Mami Jarum itu turut mempersoalkan siapakah legenda yang dimaksudkan portal tersebut.
“Sapa legenda JDT tu? Apa kaitan dengan anak yang aku jaga? Tajuk bodoh.
“Sapa legenda JDT tu? Apa kaitan dengan anak yang aku jaga? Tajuk bodoh.
“Legenda?? Celah mana???,” tulis Rita lagi.
Terdahulu, sebuah portal membuat berita dengan menggunakan tajuk ‘Detik jadi pemisah, anak legenda JDT terkandas di separuh akhir MSSS 2024’.
Untuk info, Airit Rayyan Rizqin tidak berhasil meneruskan perjuangannya dalam acara 100 meter (m) kategori L4 di Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Selangor (MSSS) 2024 apabila gagal melayakkan diri di pusingan kelayakan pada Isnin.