Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Rita Rudaini Nafi Sekat Anak Jumpa Aidil – “Jasa Bapa Dia Cuma Bagi Benih Saja! Tiada Masa Saya Nak Hasut”

Umirah Halim
25/03/2024 01:30 MYT
Isu antara pelakon, Rita Rudaini dan bekas suami Aidil Zafuan mengenai anak-anak masih menjadi perbualan hangat di media sosial.

Terbaharu, menerusi temubual sebuah rancangan hiburan televisyen tempatan, Rita meluahkan rasa tidak puas hatinya apabila ada segelintir pihak menuduh dia tidak membenarkan bekas pemain Harimau Malaya itu bertemu anak-anak mereka yang kini bawah jagaannya.

Rita Besarkan Anak Sejak Kecil

Bagaimanapun, Rita berpendapat netizen sepatutnya bersimpati kepadanya kerana telah berkorban membesarkan anak-anaka sejak kecil.

“Tak payah nak konon-konon faham perasaan anak. Yang korang nak sedih dan kesian tu dekat aku yang berpeluh-peluh ketiak membela anak sejak mereka kecil korang tak kesian?

“Yang di sana sebut sikit nama bermodalkan air liur terus kesian. Saya sendiri tak faham, buta hati, buta perut, buta segala-galanya,” luah Rita.

Rita Tak Akan Maafkan Sampai Bila-Bila

Dalam pada itu, Rita juga menyatakan bahawa dia tidak dapat memaafkan mana-mana pihak yang pernah terlibat dalam isu dakwaan yang mengatakan anak lelaki pertamanya itu bukan anak kandungnya.

"Satu benda saya ingat apabila anak pertama saya dikatakan bukan anak dia. Okay baik, anak orang lain….. Jadi jangan tengok muka anak aku. Aku tak akan bagi dia dekat.

"Saya tak akan maafkan sampai bila-bila. Saya tak boleh paksa diri kata tidak sebab benda itu kena ikhlas, semua yang terlibat saya tidak akan maafkan sampai bila-bila.

Tidak Pernah Halang Anak Jumpa Aidil

Sementara itu, menjawab respons mengenai dakwaan sesetengah pihak mengenai Rita menyekat anak-anak bertemu bapa mereka, Rita menegaskan bahawa dia tidak pernah menghasut anak-anak untuk berjumpa ayah mereka.

Sebaliknya, dia tidak boleh memaksa anak-anaknya bertemu Aidil selepas sekian lama tidak bertemu.

"Jasa bapa dia cuma bagi benih saja! Tiada masa saya nak hasut. Anak saya dah besar dan saya tanya Rayyan kalau tiba-tiba dia (Aidil) nak jumpa, Rayyan kata tak nak (jumpa).

"Saya tak boleh nak paksa, korang jangan menilai orang dari segi luaran, buka mata buka hati kena scan betul-betul," jelasnya.

Terdahulu, aktres itu pernah membidas netizen apabila ada yang berasa kasihan selepas melihat Aidil menyebut nama kedua anak mereka iaitu Airit Rayyan dan Airit Qaqa Arjuna dalam satu sesi siaran langsung di platform TikTok baru-baru ini.

Rita telah menegaskan bahawa tindakan bekas suami yang menyebut nama anak-anak mereka dalam video siaran langsung hanyalah sekadar untuk meraih simpati orang

Untuk rekod, Rita dan Aidil telah berkahwin pada tahun 2008 namun berpisah pada 2013.

Mereka telah dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Airit Rayyan, 15, dan Airit Qaqa Arjuna, 13.

Sumber: Melodi

Berita Trending: Ada Yang Kesian Bila Aidil Zafuan Sebut Nama Anak Dalam Live, Rita Rudaini Bidas Netizen! - “Kau Tak Payah Terpaling Tahu!”

Berita Trending: Tukar Anak Ke Sekolah Kerajaan, Rita Rudaini Kesal Difitnah Ambil Kuota B40

#Anak #Netizen #Aidil Zafuan #Jumpa #Rita #Halang #Rudaini
;