Dramatis Rita Rudaini berang apabila dituduh merampas hak golongan kurang berkemampuan atau B40 apabila menghantar anaknya ke sekolah kebangsaan yang ditanggung kerajaan.

BERITA TRENDING: “Main Bola Kena…”- Rita Rudaini Dedah Punca Anak Patah Tangan Di Sekolah

Lebih membuatkan pelakon berusia 47 tahun itu berang adalah tuduhan berbaur fitnah itu datang daripada individu bergelar guru.

“Dahulu, guru ini umpama lilin yang berkorban apa sahaja untuk memastikan murid-muridnya mendapatkan ilmu.

“Sekarang, ada segelintir guru umpama racun, asid dan toksik. Lebih suka mengumpat dan memfitnah pelajar serta ibu bapa daripada mengajar.

“Tahu-tahu hujung bulan cucuk duit di mesin pengeluaran wang. Sangat jijik!” tulisnya dalam InstaStory.



Tambah Rita, perkara tersebut dilalui anaknya selepas bertukar daripada sekolah swasta ke sekolah kerajaan.

“Beginilah nasib, dari sekolah swasta ke sekolah biasa. Difitnah ambil kuota B40 pula. Pemfitnah pula cikgu. Tidak layak digelar pendidik, sangat perangai.

“Mentaliti golongan ini ialah setiap kali individu dari keluarga T20 masuk sekolah tersebut, dituduh ambil hak B40 atau guna kroni.

“Kenapa, adakah semua anak-anak keluarga T20 bodoh? Mereka ini memang jenis tak percaya dengan rezeki Allah. Buanglah mentaliti kolot!” selarnya.

Dia juga menyelar sikap segelintir guru yang suka menjadi tepi kain orang tetapi tidak selari dengan imej seorang Muslim.

“Cikgu buka sahajalah tudung daripada terus memfitnah saya.

“Cikgu ni nak jadi apa sebenarnya? Hendak menjadi guru atau mak cik bawang?,” kata tanpa memberikan perincian nama sekolah dan guru yang dimaksudkan

Bagaimanapun Rita sentiasa yakin dengan rezeki yang diberikan Tuhan dan tidak gentar sekiranya terus dipinggirkan dalam kehidupan bermasyarakat.

“Sabar saya ada had, tidak kacau orang tetapi orang jangan ganggu pula.

“Jangan lupa bahawa saya tidak pernah takut hilang pekerjaan kerana saya pernah tiada tawaran berlakon dan dipinggirkan selama tiga tahun kerana tidak ambil vaksin.

“Itu bukan penamat hidup sebab saya percaya bahawa rezeki, harta dan pangkat semuanya daripada Allah,” tuturnya.

PILIHAN PEMBACA: "Pedulikan Cemuhan & Kejian Manusia"- Rita Rudaini Bangga Anak Dapat Anugerah Pengetua…