Pelakon Rita Rudaini mendedahkan terdapat sebuah stesen televisyen yang menawarkan kemunculannya untuk tujuan promosi.

Bagaimanapun, Rita yang masih tidak mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 itu enggan menerima tawaran tersebut.

"Ada stesen TV ni nak sistur muncul untuk promote...mmm.

"Bila pulak ya nak guna orang tak vaksin, tak takut ke sistur nanti mengancam nyawa. Sorry, lamberttt lagi," tulisnya di Instagram Story.

Tambah Rita, kemunculan di TV mahupun secara dalam talian tetap dikira sebagai perkhidmatan orang yang tidak mendapat vaksin COVID-19.

"Muncul kat TV ke online ke offline ke, kira guna perkhidmatan orang tak vaksin juga, job juga tu ya.

"Sistur taknak jadi penyebab atau punca kes naik, so adil kan," tulisnya lagi.





Rita terdahulu menjadi bualan hangat netizen apabila pernah berkongsi amalan merebus bunga cengkih di kediamannya.

Rita juga lebih selesa digelarkan sebagai prosafe dan bukannya antivaksin kerana dia sendiri pernah mengambil vaksin lain sebelum ini.

BACA: "Saya Bukan Antivaksin, Panggil Saya Prosafe" - Rita Rudaini

Dapatkan berita terkini, cepat dan mudah, langgan saluran Telegram Gempak!

Dah undi artis kegemaran di AME2021? Klik banner di bawah untuk mengundi.