Lakonan pertama bintang YouTube Syahmi Sazli, Asif Suhaimi dan Yoe Parey menerusi filem Syif Malam Raya ternyata tidak mengecewakan.

Masing-masing kekal dengan perangai dan karakter tersendiri sehinggakan setiap babak yang dilakonkan menjadi perhatian penonton.

Lebih-lebih lagi apabila rakyat Malaysia masih lagi menjalani tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat dan momen duduk rumah dimanfaatkan bersama keluarga dengan menonton filem.

Antara babak yang menjadi perhatian adalah ketika Yoe duduk di dalam peti ais dan juga Asif dirasuk hantu Thailand.

Sehingga kini banyak komen-komen positif yang diberikan kepada barisan pelakon Syif Malam Raya.






Tidak hanya Syahmi, Asif dan Yoe, Syif Malam Raya juga turut menampilkan Atu, Sharif, Syaiful, Reen Rahim, Azlee Senario, Saiful Apek dan Daniel Lawak Solo.

Jadi kepada anda yang ingin melihat gelagat mereka, jangan lupa untuk melanggan filem Syif Malam Raya di Astro First (saluran 480).

Dengan hanya RM15, penonton boleh menonton Syif Malam Raya selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.

Untuk mendapatkan info terkini mengenai filem Syif Malam Raya, sila layari Instagram, Facebook dan Twitter Astro Shaw.


BACA: Hebat Sungguh Lah Wey! Syif Malam Raya Kutip RM1.6 Juta Dalam Masa 4 Hari Tayangan Di Astro First

Sinopsis:

Kisah Syif Malam Raya bermula apabila cuti raya Zaid (Atu) dan Hisyam (Sharif) tidak diluluskan dan mereka ditugaskan untuk menghantar satu mayat ke Ipoh pada malam Aidilfitri.

Mereka turut menumpangkan Mira dan Yoh untuk pulang beraya ke kampung halaman mereka dengan menaiki van jenazah mereka.

Kejadian aneh mula berlaku, dan kekecohan timbul apabila mereka tiba di sebuah kampung yang dihantui pocong.