Drama bersiri Perempuan Tanpa Dosa bakal melabuhkan tirainya dengan episod akhir malam ini.

Drama yang mendapat tempat di hati penonton ini membuatkan ramai tidak sabar menanti penghujung kisahnya selepas dilanjutkan sehingga 33 episod.

Menerusi Instagram @BamBamStudios, sebuah entri yang memuat naik trailer drama itu telah menimbulkan pelbagai spekulasi daripada peminat setia.

A post shared by BamBamStudios (@bambam_studios)


Ada segelintir yang berpendapat watak Rahman (Yusuf Bahrin) akan mati malam ini gara-gara menyelamatkan Rizal (Kamal Adli) daripada dilanggar sebuah lori.

"@effa_ze: Hebat trailer ni. Tapi jangan la Rahman pulak yang mati sebab selamatkan Rizal.

"@ab.drhmn18: Okay aku bagitau la Rahman mati sebab selamatkan Rizal. Sekian.

"@cantiqlisa: Abang Man mati ni. Sebab yang babak pertama tu macam Usu tersedar dari lamunan ja.

"@salwaazwani: Yang mati Rahman sebab selamatkan Rizal. Kebanyakan dalam drama melayu mana ada hero yang mati. Usu akan keseorangan lagi," antara komen netizen.

Walaubagaimanapun, kebanyakkannya berharap malam ini berakhir dengan momen gembira dan akan ada edisi Perempuan Tanpa Dosa Raya nanti.

"@uska.lover_kamalxqasha: Akhirnya tak sabar rasanya. Happy ending kan.

"@hani.mika.kids: Cik Bam jangan lupa Perempuan Tanpa Dosa Raya nanti tau.

"@tasyaazainal: Ala keliru. Happy ending ke tak ni?

"@winda.rienka: Janji lah jangan pengakhiran sedih tau. Penat batin ni menunggu.

"@concern86: Yang penting happy ending.

"@shazawia23: Harap happy ending for Lily dan Rizal. Happy ending for Usu Sakinah dan Rahman," komen-komen yang ditulis.

Drama arahan Michael Ang ini dibintangi oleh Kamal Adli, Uqasha Senrose, Uyaina Arshad, Zac Zaky, Yusuf Bahrain, Azza Elite dan ramai lagi.

Drama yang diadaptasi daripada novel dengan judul yang sama karya Fatinilam Sari Ahma ini mengisahkan perkahwinan terpaksa dua jiwa Rizal (Kamal Adli) dan Lily (Uqasha Senrose) akibat permintaan orang tua.

Bagaimana kehadiran Eddie (Zac Zaky) dan kekasih lama Usu Sakinah mampu menyatukan hati Lily dan Rizal kembali.

Kehadiran orang ketiga, isu kekeluargaan dan konflik percintaan menjadi tonggak utama bagi drama yang bakal meruntun jiwa ini.

BACA: Rizal Pilih Lily Untuk Suap Bubur, Penonton Suruh Usu Sakinah 'Move On' & Terima Rahman

BACA: Disebabkan Shot Kamera, Penonton Fikir Uyaina Arshad Tak Pandai Bonceng Basikal

BACA: Usu Sakinah Buat Uyaina Arshad Terima Mesej Ancaman - "Ada Nak Santau, Pijak & Cungkil Mata"

BACA: "Musuh Nombor Satu Sekarang Ni" - Watak Eddie Dibenci, Instagram Zac Zaky Penuh Komen Marah