Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Rizalman Kongsi Video Ajar Cara Kacau Teh! - "Habuan Pelepas Rindu Hangpa"

Asraf Aided
22/06/2021 04:20 MYT
Pesohor fesyen, Datuk Rizalman Ibrahim berkongsi sepotong video ringkas di akaun Instagramnya sebentar tadi.

Dalam video tersebut, Rizalman hanya menuang dan mengacau teh di hadapannya disertakan kapsyen yang mungkin jadi 'pelepas rindu' para pengikutnya.

"Tuang ayaq teh kena tiga suku cawan, nak kacau gula pun kena pi mai pi mai depan belakang, bukan putaq camca tu belaga dengan cawan.

"Hinggaq sampai mangket abeh oghang satu ghumah tau kata hangpa tengah dok minum ayaq teh.

"Ok ka macam ni punya posting? Habuan pelapaih rindu hangpa," tulisnya.

Meninjau ruangan komen, rata-rata netizen meninggalkan respon positif, malah ada yang mahu pereka fesyen terkenal ini kembali berkongsi posting dengan cara lamanya dahulu.



Baru-baru ini, Rizalman mengejutkan orang ramai apabila posting di Instagramnya tinggal sedikit berbanding jumlah asal yang mencecah lebih 6000.

BACA: Rizalman Hapus Lebih 6,000 Foto Di Instagram, Peminat Setia Meratap Sedih - "Kami Nak Cara Datuk Yang Dulu"

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan Rizalman telah memadam kebanyakan foto atau memasukkannya ke ruangan 'archive'.

Terdahulu, Rizalman menerima kecaman dalam kalangan pengguna media sosial selepas mendedahkan dirinya tidak menggemari ikan salmon.

BACA: "Walaupun Ada Istana Kat Malaysia Ni, Tapi Cheq Tak Makan Ikan Salmon" - Rizalman
#Rizalman #Instagram #Lepas Rindu #Archive #Padam Foto
;